Sayu : GEMPAR PEMBACA BERITA TV3 DIJUMPAI MATI DIBUNUH DENGAM KEJAM DIRUMAHNYA (5GAMBAR)

Sabtu lalu (28 Julai 2012) kira-kira jam 10:50 malam saya menerima panggilan telefon yang mengejutkan.
Panggilan daripada Rusliza, Eksekutif Pentadbiran Kanan pejabat saya diterima ketika saya berkumpul dengan adik-beradik di kampung.
Menurutnya Nur Syaleza Jaffar, (Eksekutif Pentadbiran) meninggal dunia. Namun laporannya tidak jelas mengenai kematian Syaleza. Penyampai berita, Aminhayat yang menjadi jiran Syaleza ketika saya hubungi selepas itu juga tidak jelas sebab kematian itu.
Pelbagai spekulasi terus bermain di kepala saya selepas pelbagai matlumat yang diterima melalui SMS , FB dan BBM.
Stringer kami, Roslan (Kuala Lumpur) dan Hazrey (Johor) masing-masing bersungguh-sungguh membantu menyalurkan matlumat terkini kepada saya.
Ketika itu rasa hati mahu sahaja pergi ke rumah Allahyarham dan Hospital Sungai Buloh di mana jenazahnya di tempatkan. Namun saya masih berada di kampung menghadiri perjumpaan keluarga dengan adik-beradik dan tahlil arwah emak, yang diadakan setiap tiga bulan.
Roslan Salleh paling awal menghantarkan saya foto termasuk keadaan bilik Allahyarham selepas kematiannya, melalui BBM.
Melihat kepada foto bilik itu, saya mengsyaki kematian Allahyarham bukan sebagaimana yang mula-mula dimaklumkan oleh suaminya. Saya percaya ada unsur lain yang menyebabkan kematiannya.
Postmortem jenazah yang sepatutnya jam 8:00 pagi akhirnya dapat dilakukan bermula kira-kira jam 12 tengah hari, selepas doktor tiba jam sekitar jam 11:30 pagi.
Saya dimaklumkan kerana polis menyesyaki ada unsur lain yang menyebabkan kematiannya, pakar foreksik kanan dipanggil untuk membuat bedah siasat.
Kira-kira jam 2 petang jenazah siap dibedah siasat. Jam 3 petang jenazah di bawa ke kampungnya Segamat, Johor. Dan di atas bantuan rakan-rakan stringer, polis mengiringi kereta jenazah dari tol Sungai Buloh ke tol Sungai Besi serta dari tol Segamat ke rumah Allahyarham.
Ketika saya sedang memandu kereta balik ke Kuala Lumpur, saya menerima panggilan daripada stringer Zulkifli Che Sab yang mengatakan hasil bedah siasat, kematian Allahyarham disebabkan dibunuh.
Tidak semena-mena air mata saya mengalir dan saya tidak dapat meneruskan perbualan di telefon. Isteri saya menenangkan saya sepanjang perjalanan.
Nur Syaleza adalah seorang pekerja yang berdidikasi. Allahyarham adalah satu-satunya kakitangan pentadbiran yang bersama-sama dengan saya ketika Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV9 mula diwujudkan.
Rajin dan tidak banyak karenah. Walaupun mengambil masa untuk dilantik ke jawatan tetap, Allahyarham tidak banyak bersunggut. Allahyarham percaya saya sudah melakukan yang terbaik untuk mencadangkannya ke jawatan tetap. Namun masih belum ada rezeki.
Selepas beberapa kali namanya dicadangakan, akhirnya Allahyarham dilantik ke jawatan tetap.
Dan dua hari sebelum kematiannya, Allahyarham menerima surat kenaikan gred.
Saya masih terbayang kegembiraannya menerima surat itu dan mengucapkan terima kasih kepada saya. Pada hari itu juga secara kebetulan Allahyarham berkongsi dengan Rusliza untuk menaja berbuka puasa untuk kakitangan Jabatan Berita TV9.
Namun saya secara bergurau mahu Syaleza menaja satu lagi buka puasa. Dia yang tahu maksud saya itu tersenyum dan berjanji akan melakukannya.
Kini kami kehilangan seorang sahabat dan warga kerja yang berdedikasi.
Selepas ini tiada lagi langkah seorang yang bernama Nur Syaleza Jaffar untuk menghantar fail ke meja saya.
Semuga rohmu ditempatkan di kalangan para syuhadah dan solehah.
AL-FATIHAH.

Published: Isnin Julai 30, 2012 MYT 2:21:00 PM
Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut – Ketua Polis Selangor
SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang Isnin. Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. -BERNAMA

SUNGAI BULOH Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.
Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.
Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.
Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.
Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut, katanya ketika ditemui semalam.

Baca juga : Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya … Semoga isteri nya tabah tiada lagi suami di sisi hanya doa kerinduan dikirim buat arwah suami tersayang ..😭😭😭 Al fatihah

Sayu : Jasad berlumur darah ditelan mesin kertas .. Ajal Saiful ketika berkerja (8Gambar)

Sayu : Jasad berlumur darah ditelan mesin kertas .. Ajal Saiful ketika berkerja (8Gambar)

Jasad berlumur darah ditelan mesin kertas .. Ajal Saiful ketika berkerja (8Gambar)

Raub : Malang tidak berbau semasa bertugas menyelenggarakan mesin memproses kertas tengah malam tadi secara tiba-tiba saiful tersepit oleh mesin terbabit yang menyebabkan dirinya maut.

Arwah Saiful berasal dari Batu Talam Raub maut ditempat kejadian dengan sungguh tragis, arwah meninggalkan seorang isteri yang dinikahi setahun lalu.

Semoga isterinya Puan Iqma hizatul tabah mendengar berita ini insan yang selalu bersama tanpa boleh berjauhan pergi buat selamanya kembali pada pencipta.

Utusan melaporkan seorang lelaki maut selepas tersepit di dalam mesin memproses kertas di sebuah kilang kertas di sini, malam semalam.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu berlaku ketika Mohamed Saiful Nizal sedang melakukan penyelenggaraan mesin di kilang berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.01 tengah malam dan bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila sampai, terdapat seorang lelaki tersepit di dalam mesin dan mangsa meninggal dunia,” katanya di sini hari ini, jasad Saiful selamat di semadikan pagi tadi. Al fatihah.

Baca juga : Alhamdulillah : Teruja Tengok Baby Bump Siti Nurhaliza (5GAMBAR)

Alhamdulillah : Teruja Tengok Baby Bump Siti Nurhaliza (5GAMBAR)

Alhamdulillah : Teruja Tengok Baby Bump Siti Nurhaliza (5GAMBAR)

Alhamdulillah : Teruja Tengok Baby Bump Siti Nurhaliza (5GAMBAR)

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang di kediamannya beberapa hari lalu. Namun apa yang menarik perhatian adalah renungan tajam peminat beliau yang mendakwa melihat perubahan fizikal pada perut Siti. Secara ringkasnya mereka melihat ‘baby bump’ Siti yang sedikit kelihatan. Continue Reading

Sayu : Papa dah tak ada sayang..Nazri Peronda Plus maut dirempuh ketika bertugas (10Gambar)

Papa dah tak ada sayang..Nazri Peronda Plus maut dirempuh ketika bertugas (10Gambar)

Rembau : Hancur luluh hati seorang isteri apabila mendapat perkabaran suami yang keluar bertugas terlibat kemalangan dan temui ajal tragis.

Berita sedih ini terpaksa diterima oleh wawa isteri arwah nazri yang maut dirempuh ketika bertugas di bersama Peronda PLUS diLebuh Raya Utara Selatan.

Hasil perkahwinan pasangan ini mereka punyai seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nisa sedang membesar dengan nada sayu untuk jelas kan pada sikecil ini yang papa nya sudah tiada lagi pergi kembali  temui ajal ketika mencari rezeki buat keluarga.

Akhbar melaporkan seorang anggota peronda Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) maut semasa menjalankan tugas mengalihkan dan mengumpulkan kon-kon di laluan kecemasan dalam kejadian di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Mohd Nazri Aziz, 28, beralamat di Muar, Johor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan teruk di bahagian muka, patah tangan kiri, patah kaki kanan dan kiri serta lain-lain kecederaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazrul Ekram Abu Shari, berdasarkan siasatan awal, mangsa iaitu penumpang kenderaan pacuan empat roda (4×4) peronda PLUS sedang mengalihkan kon dan diekori oleh kenderaan rasmi berkenaan dari belakang semasa melakukan kerja-kerja tersebut.

“Bagaimanapun, sebuah lori hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kenderaan rasmi peronda Plus sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu lebuhraya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan rasmi berkenaan berusia 57 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Manakala,  pemandu dan penumpang lori mengalami kecederaan

parah dan di rawat di Zon Kuning Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

Nazrul berkata, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat esok.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Roslan Sahrani dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.56 petang.

“Kita tiba di lokasi pada jam 4.27 petang membabitkan sebuah lori satu tan dan juga sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) peronda Lebuhraya Plus.

Semoga wawa dan seluruh keluarga arwah tabah dengan dugaa ini, akibat kecuaian pemandu dilebuh raya orang lain menjadi mangsa. Al fatihah

Baca juga artikel lain : Hanya air mata keluarga tersayang mengiringi kedua-dua insan ini … perkara sudah berlaku .. kebahagian hidup mereka merubah sekelip mata akibat kealpaan dan keilafan diri .. kini semua tinggal kenangan .. Al fatihah buat arwah Daus

Sayu : Nasib berbeza dua jiwa .. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10Gambar)

Terkini!!!..Akhirnya Hati Siti Nordiana Dimiliki Abam Bocey..Romantik Sangat…Cara Abam Melamar Romantik Macam Mat Saleh..Mohon Semua Pihak Doakan Terbaik Untuk Mereka..

Terkini!!!..Akhirnya Hati Siti Nordiana Dimiliki Abam Bocey..Romantik Sangat…Cara Abam Melamar Romantik Macam Mat Saleh..Mohon Semua Pihak Doakan Terbaik Untuk Mereka..

Baca juga aerikel menarik : [FOTO+VIDEO] Zulkifli Bakal Di Hukum Gantung Sampai MATI akibat pertahankan keluarga!!😢

‘Takpa..Allah ada..’
Apa korang akan buat jika perompak masuk rumah??😡😡#ZulkifliHeroRakyat

Sayu : Zulkifli Bakal Di Hukum Gantung Sampai MATI akibat pertahankan keluarga!

Sayu : Nasib berbeza dua jiwa .. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10Gambar)

Nasib berbeza dua jiwa .. Terpisah kerana takdir moga Daus tenang disana (10Gambar)

Muar : Perkara sudah berlaku mereka terpisah selamanya cinta Daus dan Dayah terpisah kerana takdir.

Nasib berbeza kedua-dua nya Dayah kini ditahan untuk tindakan lanjut dan jenazah Daus selamat disemadikan.

Suasana hiba menyelubungi upacara pengebumian mangsa yang maut selepas ditikam isterinya, semalam.

Allahyarham berusia 28 tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6, di sini, kira-kira jam 6.45 petang.

Seramai hampir 50 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberikan penghormatan terakhir pada upacara pengebumian berkenaan.

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 6.30 petang selepas selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Jenazah turut disempurnakan dan disembahyangkan di HPSF sebelum terus dibawa ke tanah perkuburan itu.

Sabtu lalu, seorang suami yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga maut ditikam isterinya di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun ekoran tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Ada sumber mengatakan Dayah mengalami tekanan perasaan apabila pernah keguguran mungkin disebabkan tertekan dia tegar melakukan perkara tersebut sehinggakan insan yang dia sayang pergi buat selamanya namun nasib Dayah selepas ini tidaklah kita ketahui. Al fatihah

Baca juga artikel ni : WAHH….Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra…Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan…Cantiknya Erra Semasa Shahir Datang Meminang..Lihat 5 Foto di Majlis Tersebut…Secocok..

WAHH….Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra…Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan…Cantiknya Erra Semasa Shahir Datang Meminang..Lihat 5 Foto di Majlis Tersebut…Secocok..

WAHH….Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra…Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan…Cantiknya Erra Semasa Shahir Datang Meminang..Lihat 5 Foto di Majlis Tersebut…Secocok..

WAHH….Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra…Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan…Cantiknya Erra Semasa Shahir Datang Meminang..Lihat 5 Foto di Majlis Tersebut…Secocok..

sedondon berbaju hijau ke majlis berbuka puasa Semurni Kasih Ramadan yang dianjurkan kosmetik Triple White, semalam.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan laman Instagram (IG) Triple White, pasangan ini manis duduk bersebelahan di meja yang sama.

Erra Fazira sebagai duta kepada produk tersebut telah meraikan anak-anak yatim yang dijemput hadir.

Shahir yang hadir juga dilihat turut menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan persembahan nyanyian.

Pasangan ini juga dilihat telah memberikan sumbangan kepada tetamu istimewa mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah penyanyi Siti Nordiana.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:

Sayu : Zulkifli Bakal Di Hukum Gantung Sampai MATI akibat pertahankan keluarga!

Jika awal tahun ini kita digemparkan dengan berita tentang seorang bapa dan anak lelakinya yang bakal dijatuhkan hukuman mati kerana tanpa sengaja telah membunuh seorang perompak yang menceroboh masuk rumahnya demi untuk mempertahankan dirinya.

Encik Mo Yi Hong dan anaknya We Qiang telah dituduh menyebabkan kematian seorang perompak yang telah memecah masuk ke dalam kediaman mereka di Seremban, Februari tahun lalu.

Seterusnya, kisah seorang surirumah, Puan S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya.

Patutkah ayah kepada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?

Sebuah page untuk update isu dari masa ke semasa berkenaan perkembangan kes Encik Zulkifli dan keluarga.

TERBARU, Zulkifli, 50 tahun dari kg labohan,Kerteh Terengganu, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli, namun zulkifli pula ditahan bawah seksyen 304. 2 minggu Zulkifli direman kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM15 ribu. Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan tuduhan seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan.

Kes telah ditukar kepada seksyen 302, jika sabit kesalahan maka GANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kes dibicarakan semua di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?

Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?

Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.

TOLONG JANGAN NANGIS

. Ahad lalu sepatutnya menjadi tarikh sebutan kes di mahkamah.Apa yang berlaku tiba-tiba kes disebut bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 325.302 menyebabkan perlu tahan semula (tiada ikat jamin dibenarkan)Maka terkejutlah sekalian keluarga. Sebelum ini 15 ribu telah dibayar ikat jamin waktu kes bertukar dari 302 pada 304. Kini kembali pula pada 302.Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.Tolong jangan nangis.

Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.

Maka mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.

Kedua, viralkan hashtag #ZulkifliHeroRakyat disetiap laman maya terutamanya twitter. Like facebook, Selamatkan Zulkifli.

Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Salahkah Pertahankan Diri di Malaysia?

Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam, pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan diat yang mana diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Antara kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqaha ialah:

1- Membunuh dengan sengaja lalu ia dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh

2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita

3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul kepala si mati.

Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mensyariatkan hukuman diat sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Dan tidak pantas bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (surah an-Nisa: 92).

Antara maqasid syariah di dalam pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim. Islam tidak menghukum seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya.

Tolong Jangan Menangis Menonton Video Ini

Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.

Tonton video disini : https://www.youtube.com/watch?v=bxb7pEMW9Ro

p/s : KAMI SEMUA BERSAMA ANDA ENCIK ZUKIFLI.

Sumber – apekecoh.com

Terkulai dijalan ..Chef terkenal maut terkena tembakan peluru sesat (12Gambar)

Tak Bai  : Seorang Chef yang popular di Kelantan khas nya di Kota Bharu dan Tumpat maut di Tak Bai Thailand akibat terkena tembakan sesat malam tadi.

Mangsa yang kenali dengan nama Wan Rusharil Bin Wan Mohd Zain atau lebih dikenali dengan nama Zain Hussin maut ditempat kejadian akibat parah terkena tembakan.

Ketua polis Daerah Takbai Pol.Kol.Phacharapon Na Nakorn berkata beberapa orang lelaki yang lengkap dengan senjata api menaiki sebuah pickup pacuan empat roda melepaskan tembakan ke atas pegawai polis di pusat pemeriksaan di Kg Cek He Takbai.

Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam Kata polis Chef Zin menaiki motosikal apabila sampai di tempat kejadian polis membuat pemeriksaan motosikal mangsa.

Tambah polis ketika polis memasuki kawasan kejadian untuk memberi bantuan sebutir bom yang di letak tepi jalan meletup satu kilometer dengan tempat kejadian tembakan.

Sasaran awal penembak tersebut pada pihak Polis yang bertugas di pusat pemeriksaan namun arwah terkena tembakan itu.

Chef Zain yang sebelum ini pernah berkhidmat di Restoran Kapal Terbang Lundang Kota Bharu sebelum berhenti dan berkhidmat di Restoren Ibu Ku yang terkenal dengan Char Kuey  Tiaw.

Arwah berasal dari Kampung Genting Tumpat Kelantan, pihak keluarga arwah kini sedang membawa pulang jenazah mangsa untuk disemadikan. Al fatihah

Doktor Temui SESUATU Dalam Mulut Budak 10 Tahun Ini Yang Bakal Buat Ramai TERKEJUT !!!

Doktor Temui SESUATU Dalam Mulut Budak 10 Tahun Ini Yang Bakal Buat Ramai TERKEJUT !!! | Ana Cardoso, berusia 10 tahun, pergi ke klinik gigi di Brasilia, Brazil kerana merasakan ada sesuatu yang bergerak di dalam mulutnya.

 


Ibunya, Adriana, 35, tidak dapat melihat apa-apa tanda sakit pada anaknya itu dan pada mulanya menyangka dia hanyalah bergurau.

Tetapi keadaannya menjadi semakin teruk kerana tidak kira berapa banyak dia menggosok gigi, namun masih merasakan ada sesuatu di dalam mulutnya.

Apabila menjalani pemeriksaan, hasilnya sangat mengejutkan apabila mendapati Ana mempunyai sejenis penyakit dipanggil ‘myasis’. Ia merupakan sejenis penyakit jangkitan larva lalat yang menyerang tisu organ hidup tidak kira haiwan atau manusia.

Doktor gigi tersebut berjaya mengeluarkan 15 ekor ulat berenga di dalam mulut kanak-kanak itu. Ibu Adriana berkata, ‘Dia sangat tenang sepanjang proses rawatan dan memberi kerjasama kepada doktor untuk merawatnya’.