Browse Month: September 2017

Sayu : Bangsal daif syurga kami .. disini kami berlima berlindung hampir setahun (8Gambar)

Bangsal daif syurga kami .. disini kami berlima berlindung hampir setahun (8Gambar)

Kuala Nerang : Dalam hidup tidak semua orang bernasib baik namun kena bersyukur dengan apa yang ada usaha terus dilakukan demi sesuap nasi tidak pernah menolak rezeki dan takdir Allah.

Pasangan muda itu, Mohd Ridzuan Yaakob, 26, dan isterinya, Nur Hidayah Roslizam, 23, yang sedang hamil enam bulan, serta tiga anak mereka berusia setahun setengah hingga enam tahun tinggal di pondok itu hampir setahun yang lalu.

Nur Hidayah yang berasal dari Pulau Pinang berkata, dia mengambil keputusan mengikut suaminya tinggal dalam pondok itu bagi memudahkan suaminya mencari rezeki di kawasan hutan itu.

“Sebelum ini kami tinggal bersama ibu mentua tetapi terpaksa pindah kerana adik-beradik suami pun tinggal sekali dengan ibu mentua.

“Kemudian kami menyewa di luar tetapi tidak sampai sebulan sebelum ambil keputusan tinggal di sini (kebun getah),” katanya.

Menurutnya, Mohd Ridzuan sering keluar masuk kawasan kebun getah ini untuk mencari rezeki.

“Suami saya buat pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah dan mencari petai dan dapatlah antara RM600 dan RM700 sebulan,” katanya.

Menurut suri rumah itu, mereka menggunakan generator untuk menjana elektrik, manakala bekalan air bagi kegunaan harian untuk membasuh serta memasak diperoleh dari telaga berhampiran.

“Saya seronok tinggal di sini dan bersyukur dengan keadaan ini. Bagi saya tidak ada masalah. Waktu malam pun tiada nyamuk tetapi kami kena berjaga-jaga dengan babi dan ular. Cuma saya harap tempat tinggal saya ini dapat diperbaiki lagi agar berdinding supaya lebih selesa,” katanya.

Bagi Mohd Ridzuan pula, dia selesa tinggal di situ dan tidak merancang untuk berpindah keluar.

Menurutnya, dia berharap sekiranya ada pihak berkaitan yang boleh membantu untuk membina rumah yang lebih selesa di dalam kawasan kebun getah tersebut.

“Sekarang pondok ini dibina atas tanah datuk saya. Memang saya yang pilih tinggal di sini sebab mudah bagi saya untuk bekerja,” katanya.

Pondok bertiangkan kayu yang tidak kukuh serta beralaskan bumbung plastik terbabit dibina di bawah cerun bukit dengan anggaran kedalaman kira-kira 20 meter.

Kini hidup mereka bakal berubah mereka lima beranak yang tinggal dalam sebuah pondok daif tidak berdinding dan berpintu serta hanya berlantaikan buluh dalam kawasan hutan kebun getah di Kampung Kuala Tualak di sini, bakal menerima bantuan rumah di tapak berhampiran.

Perkara itu dinyatakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim selepas mengunjungi keluarga itu di pondok mereka.

Dalam pada itu, Badrol Hisham berkata, pihaknya ada menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk keselesaan keluarga Mohd Ridzuan namun dia menolak kerana tetap mahu tinggal dalam kebun getah terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya merancang untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarga berkenaan sebagai alternatif lain tetapi bukan dibina atas tapak sama pondok itu kerana dilihat tidak selamat.

“Kami kena cari tapak lain yang lebih selamat terlebih dahulu untuk bina rumah ini. Saya difahamkan ada tanah yang rata milik datuk Mohd Ridzuan di kawasan ini.

“Proses untuk membina rumah ini pula akan dibuat secepat mungkin dan saya akan turut berbincang dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan pembinaan rumah ini bagi keselesaan keluarga Mohd Ridzuan,” katanya.

Badrol Hisham turut menyampaikan sumbangan kotak Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) berupa barangan makanan kepada keluarga itu.

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Mereka jahat dan kejam .. namun mereka taat pada ibu tolong meniaga (8Gambar)

Mereka jahat dan kejam .. namun mereka taat pada ibu tolong meniaga (8Gambar)

Kuala Lumpur : Boleh mereka buat seseolah tidak berlaku apa-apa padan hal satu malaysia berduka diatas apa yang berlaku yang amat mengejutkan kematian tragis 21 pelajar dan 2 Ustaz dalam kebakaran di Pusat Tahfiz.

Seorang daripada tujuh suspek yang membakar asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal dan patah tangan kiri pada hari sama.

Sumber berkata, suspek berusia 16 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membantu ibunya berniaga pasar malam di Bangsar, kira-kira 5 petang, Khamis lalu.

“Pada hari kejadian dia (suspek) masih meneruskan kerja seperti biasa dengan membantu ibunya berniaga di pasar malam.

“Bagaimanapun, sewaktu menunggang motosikal untuk ke pasar malam dia terbabit dalam kemalangan dan patah tangan kiri.

“Selepas menerima rawatan di klinik, polis datang ke kediamannya dan menahan suspek bersama adiknya berusia 15 tahun, kira-kira 2 pagi, Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jelasnya, dia difahamkan suspek dihantar ke hospital untuk rawatan susulan, hari ini.

“Ibu suspek juga turut menemani anaknya ke hospital diiringi anggota polis,” katanya.

Apa yang berlaku mengundang pilu si ibu anak yang taat bersama kini disifatkan manusia paling kejam dan jahat membakar Pusat Tahfiz.

Copyright 2017 BeritaSayu.My

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Selesai Ijab dan Kabul anak .. Abah yang nazak pergi buat selamanya (10Gambar)

Selesai Ijab dan Kabul anak .. Abah yang nazak pergi buat selamanya (10Gambar)

Ketika pasangan ini dalam keadaan gembira akan menempuhi detik bahagia mereka disatukan sebagai suami isteri terselit juga kisah duka mereka.

Yang mana disaat mereka akan diijabkbul bapa pengantin lelaki sedang nazak di Hospital Selayang,namun majlis terpaksa diteruskan kerana semua telah diaturkan walaupun amat berat dalam setuasi yang genting itu.

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat dan berada di majlis bahagia anak-anak, menjadi wali buat anak perempuan, ataupun bersaksi bapa di majlis yang bahagia itu boleh memberikan bapa kita senyuman dan kebahagiaan yang tidak terhingga.

Apa yang membuatkan orang lain turut bersedih dan sayu apabila seorang jurugambar pasangan pengantin ini berkongsi cerita dimana selama 7 tahun berada dalam industri ini, hari kejadian merupakan hari yang bersejarah buatnya.

Atas sebab bapa pengantin lelaki sakit tenat, perkahwinan pasangan ini dipercepatkan,sejurus selesai majlis, panggilan telefon dari doktor mengatakan keadaan bapa pengantin lelaki tenat, beberapa minit kemudian diberitahu oleh doktor, bapa pengantin lelaki telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga pasangan ini tabah Majlis yang sepatutnya mereka bergembira bertukar duka ini lah ketentuan yang maha esa buat pasangan ini semoga roh arwah ayah pengantin lelaki dicucuri rahmat. Al fatihah

Copyright 2017 BeritaSayu.My

*Artical Trending World Wide*

7 anak jahanam rupanya mmg budak jahat sgt.TERKINI video pakcik guard pula bongkar bnyk pekara yg buat hati korg panas membaca,,klu kena kat kita pun akan…dan last sana ada bukti lagi,kenapa dendam 7 org ni sgt membara hingga snggup bakar manusia hingga meningal

7 anak jahanam rupanya mmg budak jahat sgt.TERKINI video pakcik guard pula bongkar bnyk pekara yg buat hati korg panas membaca,,klu kena kat kita pun akan…dan last sana ada bukti lagi,kenapa dendam 7 org ni sgt membara hingga snggup bakar manusia hingga meningal

panas..fuh korang bacalah sana,klu kena kat sy ni mau kena —- dak2 ni..xheran pun pangai jilaka leh bunuh anak tahfiz
7 anak jahanam rupanya mmg budak jahat sgt.TERKINI video pakcik guard pula bongkar bnyk pekara yg buat hati korg panas membaca,,klu kena kat kita pun akan…dan last sana ada bukti lagi,kenapa dendam 7 org ni sgt membara hingga snggup bakar manusia hingga meningal

sumber  METRO  https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/265193/kencing-atas-jalur-gemilang-lempar-najis-metrotv

Sayu : Maafkan saya henti hukum saya .. saya mengaku itu memang saya (6Gambar)

Maafkan saya henti hukum saya .. saya mengaku itu memang saya (6Gambar)

Kuala Lumpur : Tiada siapa menduga kehidupan harian didedahkan kepada umum melalui rakaman video live.

Disangka video tersebut hanya untuk simpanan peribadi didedahkan kepada umum dalam keadaan menjatuhkan diri nya sebagai wanita yang telah bertudung sehingga kan menjadi bahan kejian.

Enggan terus terseret dengan pembohongan, aktres kontroversi, Nur Fathia Abdul Latiff, 30, akhirnya membuka mulut mengenai isu video aksi ‘panas’ yang viral, sejak minggu lalu.

Selepas merenung kesilapan diri, Fathia mengaku tiada gunanya berdolak dalih mengenai video yang memaparkan seorang wanita mirip dirinya, berpakaian seksi dan menari bersama pelakon baharu, Natasha Elyzza.

“Saya malu mahu menyatakan dua video yang tersebar itu ialah diri saya. Selepas berfikir selama beberapa hari, saya ambil keputusan mahu bercakap benar, walaupun hakikatnya mungkin perit untuk saya telan.

“Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi dan terus menimbulkan tanda tanya. Saya fikir jujur lebih baik dan diredai walaupun saya terima cemuhan. Suka atau tidak, saya harus pikul bebanan hebat atas perbuatan saya.

“Sejujurnya, saya tidak sengaja memalukan wanita Melayu bertudung dengan menunjukkan contoh tidak baik. Video itu bocor dan ia bukan untuk tontonan umum.

“Saya mohon maaf atas keterlanjuran perbuatan saya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Fathia berkata, dia tidak menyangka video Bigo Live boleh dipertontonkan kepada umum.

“Jujurnya, saya tidak tahu aplikasi Bigo Live. Saya fikir Natasha merakamkan video hanya untuk simpanan peribadi. Sebab itulah, saya tidak bertudung dan berperangai ‘gila-gila’ sekadar mahu berseronok dalam video itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut insiden itu, Fathia memberitahu:

“Ketika itu, saya, Natasha dan beberapa teman wanita menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk bercuti.

“Bagaimanapun, apabila video itu tersebar, saya tergamam. Saya masih berakal dan waras, tidak mungkin saya menunjukkan bahagian anggota sulit untuk tontonan satu dunia.

“Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Natasha sudahpun memohon maaf sambil menangis, dia tidak berniat menganiayai hidup saya. Natasha kawan yang baik,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi deretan drama seperti Ariana Rose, Dia Isteri Luar Biasa dan Plan Cinta Tak Jadi itu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku.

“Mungkin Allah mahu menunjukkan pengajaran dan teladan buat saya. Saya akan lebih berhati-hati dengan apa juga rakaman video selepas ini.

“Saya hanya manusia biasa, kadang kala saya hanya mahu bergembira dengan teman wanita yang saya rapat, tetapi tidak sangka, video mencolok mata pula tersebar,” katanya.

Copyright 2017 BeritaSayu.My

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Sakit nyaa .. Posmen hancur dan putus 3 jari dirempuh ketika bertugas (8Gambar)

Sakit nyaa .. Posmen hancur dan putus 3 jari dirempuh ketika bertugas (8Gambar)

Kulai : Seorang posmen cedera agak parah apabila 3 jarinya hancur dan putus apabila motosikal yang ditunggang nya ketika bertugas menghantar surat dirempuh dalam kejadian diSenai.

Mangsa Syahmi Syafiq di terbaring di jalan dengan tangan berlumur darah, dia yang baru bertugas tidak sampai sebulan dengan Pos Malaysia dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu untuk tindakan lanjut.

Apa yang berlaku mengajutkan rakan-rakan nya dan keluarga kerna foto-foto Syahmi semasa kemalangan dimuat naik ke laman sosial.

Kata mereka ini lah tugas mencabar seorang penghantar surat atau posmen walaupun setiasa berwaspa dan beringat semasa menunggang motosikal berlaku juga kemalangan akibat kecuaian orang lain.

Syahmi telah menjalani pembedahan untuk memotong 3 jarinya yang hancur dia kini stabil dan menunggu masa pemulihan, semoga Syahmi tabah dia kini cacat selamanya kehilangan 3 jari semasa bertugas, punca kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib.

Copyright 2017 BeritaSayu.My

*Artical Trending World Wide*

SAYU : SEORANG PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MENARUNG NYAWA SELAMA 2JAM DIDALAM BILIK BEDAH DAN AKHIRNYA…

SEORANG PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MENARUNG NYAWA SELAMA 2JAM DIDALAM BILIK BEDAH DAN AKHIRNYA…

Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran Khamis lalu, menjalani pembedahan membuang kulit melecur, semalam.

Zunnun Misri, 15 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak Khamis lalu.

Bapanya, Nasrun Mat Yusuf, 46, berkata Zunnun menjalani pembedahan selama dua jam.

Beliau berkata, Zunnun masih diberi bantuan pernafasan oksigen untuk memulihkan semula tenaganya.

“Dia sudah stabil, boleh makan, bercakap dan bergerak.

“Alhamdulillah terima kasih atas doa semua dan saya harap rakyat Malaysia terus doakan agar anak saya dan dua lagi rakannya yang masih di ICU akan pulih semula,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nasrun berkata, Zunnun terselamat dengan melompat dari atas bumbung selepas gagal mengejutkan adiknya dari tidur.

Katanya, seorang lagi anaknya Muhammad Nizamudin, 13, maut dalam kebakaran sebelum subuh, Khamis lalu.

Polis mengatakan 23 pelajar dan guru pusat berkenaan maut dalam kebakaran yang disengajakan itu.

Polis juga sudah menahan semua suspek.

Sumber:beritanova

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Maha Suci Allah … rupanya mimpi itu petunjuk mayat anakku Danieal (8Gambar)

Maha Suci Allah … rupanya mimpi itu petunjuk mayat anakku Danieal (8Gambar)

Kota Bharu : Tiada apa yang boleh ubatkan perasaan rindu Puan Nen selaian mencium baju-baju arwah anaknya dan melihat foto-foto arwah.

Sehari sebelum Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat terbakar sehingga mengorbankan 23 nyawa, ibu kepada salah seorang pelajar yang maut seolah-olah mendapat petanda awal mengenai insiden itu.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya, wanita yang dikenali sebagai Nen Dsign yang juga ibu kepada Muhammad Danieal Md Amin, 14, menceritakan bahawa dia telah bermimpi tentang sekujur mayat seorang budak rentung dalam kebakaran.

“Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Rabu 13/9/2017. Maha Suci Allah… khabar apakah yang ingin Engkau sampaikan kepadaku nanti… kurniakanlah kepada ku hati yang baik. Amin.

“Terdetik di hati kecilku sebaik sedar dari tidur. Malam tu aku bermimpi… di hadapanku ada sekujur mayat seorang budak yang rentung hangus terbakar,” tulisnya.

Namun sehari selepas mimpi itu, dia dikejutkan dengan berita kebakaran pusat tahfiz tempat anaknya belajar.

“Khamis 14/9/2017 aku mendapat berita tentang kebakaran tahfiz tempat Danieal belajar. Innanillahhiwainnailaihirojiun.

“Maha Suci Allah…rupanya dalam mimpi itu adalah anakku Danieal. Engkau tenangkanlah dia di taman syurgaMu. Terima kasih Ya Allah Engkau dah makbulkan doaku.

“Ya Allah… jadikanlah anak-anakku di antara tahfiz-tahfizMu dan syahid-syahidMu”,” katanya.

Status tersebut menunjukkan wanita itu seolah-olah reda dengan pemergian Daniel.

“Alhamdulillah Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Sang Pencipta Langit dan Bumi. Engkaulah yang Maha memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Berikanlah aku kekuatan dan ketenangan. Amin.

“Abang…abang dah syahid. Umi bangga dengan abang. Jumaat 15/9/2017… Setelah dapat melihat mayat Daniael, ternyata itulah ku lihat dalam mimpiku itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat,” katanya.

Muhammad Danieal antara 21 pelajar yang maut dalam kebakaran tersebut yang dipercayai berlaku atas perbuatan khianat.

Turut maut dua guru pusat tahfiz itu, Mohd Yusuf Md dan Mohd Amrul Nizam Sakarno.

Susulan itu, tujuh suspek ditahan kerana disyaki sengaja membakar pusat tahfiz tersebut.

Dengan penahanan itu, kes kebakaran tragik itu berjaya diselesaikan.

Di kala orang ramai mengecam perbuatan tujuh suspek, ibu kepada Danieal telah memaafkan mereka yang mengakibatkan kebakaran tersebut.

Malah, dia turut berterima kasih kepada mereka kerana telah menjadikan Danieal sebagai anak syurga.

“Terima kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka di antara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa. Amin ,” tulisnya. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Ya Allah rindunya pada Hakim,Hafiz, Harris..air mata mommy tetap mengalir (6Gambar)

Ya Allah rindunya pada Hakim,Hafiz, Harris..air mata mommy tetap mengalir (6Gambar)

Kuala Lumpur : Sayu luhan bekas pelakon Mas Anizan mengenangkan 3 anak saudara nya yng dijemput ilahi seretak bersama lagi 19 lagi rakan dan 2 Ustaz mereka dalam kejadian 14 September lalu di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, selepas mereka maut terperangkap di pusat pengajian berkenaan selepas ia terbakar.

Walaupun sudah lima hari berlalu tragedi mengorbankan anak-anak tahfiz berlalu, air mata aktres Mas Anizan tidak berhenti mengalir mengenangkan kehilangan tiga beradik, anak saudaranya itu.

Kerinduan Mas Anizan terhadap Muhd Syafiq Haikal, 13, Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, tidak dapat dibendung kerana dia sering terkenang saat-saat manis bersama tiga anak-anak itu yang tinggal bersamanya.

“Ya Allah, rindunya mummy dekat Haikal, Hafiz dan Harris. Walaupun dah berapa hari berlalu, air mata ni tak henti-henti mengalir,” kata Mas Anizan.

Pelakon yang popular pada era 1990-an ini meluahkan kata-kata itu di laman sosial Instagram miliknya.

Mas Anizan, 44, turut memuatkan klip video gambar anak saudaranya itu berlatarbelakangkan lagu sedih yang mengundang simpati orang ramai.

Katanya, kehilangan tiga beradik itu  meninggalkan kesan mendalam kerana dia tidak lagi mendengar gelak tawa, gurau senda serta permintaan mereka untuk menikmati makanan kegemaran masing-masing setiap kali pulang ke rumah ketika cuti.

“Kepergian kalian bertiga meninggalkan kesan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tapi mummy redha dengan qada dan qadar Allah. Mummy tahu kalian lebih bahagia dan tenang di sana.

“Berehatlah sayangku Hakim, Hafiz dan Harris. Doa mummy sentiasa bersama kalian. Mummy love you soo much,” tulis Mas.

Tiga beradik daripada enam adik-beradik itu tinggal bersama Mas Anizan selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia pada 2005.

Selain tiga anak saudaranya itu, Mas Anizan mampunyai tiga anak lain masing-masing dua daripada perkahwinannya dengan Allahyarham Datuk Ali Bapoo iaitu Mas Aliza, 22, dan  Mohd Masli Danial, 17, serta Putri Ariana Merissa, 3, hasil perkahwinan keduanya. Al fatihah.

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Ratapan ibu .. Anak sulung maut dilanggar lari pulang sekolah (8Gambar)

Ratapan ibu .. Anak sulung maut dilanggar lari pulang sekolah (8Gambar)

Sungai Buaya : Seorang pelajar lelaki SMK Sungai Buaya meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital apabila dia dilanggar lari dalam kejadian di Simpang 4 Bandar Baru Sungai Buaya tengahari semalam.

Mangsa yang dikenali dengan nama Tun Jafnizal Tun Alias merupakan anak sulung dalam keluarga nya cedera parah dikepala impak kemalangan terbabit.

Ibu nya yang tiba ditempat kejadian tidak dapat menahan kesedihan meratap dengan tangisan melihat anak berlumuran darah impak kemalangan.

Tuan Jafnizal meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital, punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib.

Suasana pilu menyelubungi keluarga Tun Alias yang turut dikujungi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor YB Dato Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang turut berduka cita dengan kejadian tersebut jenazah dikebumikan pagi ini.

Semoga ibu dan bapa arwah adik Jafnizal tabah dengan dugaan ini dan roh nya dicucuri rahmat, kawasan tempat berlaku kemalangan tersebut selalu berlaku kemalangan maut sebelum ini.

Pihak berkuasa kini mengambil langkah-langkah awal untuk mengatasi masalah tersebut bagi mengelakan perkara sedemikian berlaku. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*