Sayu : Adik Abbas maut jatuh tingkat 6 .. ibunya baru meninggal masa bersalin adik (8Gambar)

Adik Abbas maut jatuh tingkat 6 .. ibunya baru meninggal masa bersalin adik (8Gambar)

Shah Allam : Ya Allah anak ku ..ini lah yang dapat diungkapkan oleh bapa ini apabila anak yang ditinggalkan seketika meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis.

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di U11, Shah Alam, 12.10 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak meninggalkan mangsa yang berusia ,5, bersama adiknya, 3, di rumah.

Beliau berkata, hanya beberapa minit bapa mangsa keluar menemui rakannya di bawah pangsapuri berkenaan dia dikejutkan dengan anak lelaki nya bernama Abbas berusia 5 tahun jatuh kebawah pangsapuri terbabit

“Ketika ditinggalkan adik mangsa sedang tidur dan bapa mangsa mengunci pintu dari luar.

“Mangsa dipercayai memanjat tandas duduk dan keluar ikut tingkap tandas lalu terjatuh,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Apa yang berlaku mengundang pilu bapa nya yang dikenali dengan nama Radhiq, beliau baru kehilangan isteri tercinta pada bulan april lalu isteri nya meninggal dunia ketika bersalin anak ke 3 mereka April lalu.

Kini anak sulung nya pula pergi buat selamanya tanpa diduga perkara ini akan berlaku dalam hidupnya, rata-rata netizen menyalahkan dirinya kerana cuai menjaga anak namun Radhiq bukan insan seperti itu dia amat meyanyangi anak-anak nya selepas kematian isteri nya.

Radhiq juga sanggup berhenti kerja semata-mata untuk lebih dekat dengan 3 anak nya namun allah lebih sayangkan anak sulung nya Abbas, nenak Abbas Datin Noraini juga turut berduka cita kehilangan cucu tersayang.

Mayat adik Abbas dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan keputusannya belum diperolehi lagi, menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Leave a Reply