Adik ratapi kematian Abang … Abang maut bergelut ketika pecah rumah (6Gambar)

Adik ratapi kematian Abang … Abang maut bergelut ketika pecah rumah (6Gambar)

Kota Tinggi : Seorang adik meluahkan rasa sedih dan sayu nya meratapi kematian abang kandung nya yang maut ketika pecah rumah apabila abang bergelut dengan tuan rumah.

Dia meluahkan rasa sedihnya melalui laman sosial nya ” Sesungguhnya Hidup Ini Pasti Akan Mati Baik Atau Pun Jahat .. Ketanah Tempat Kita Suatu Hari Nanti .. Permergian Abang Buat Selamanya Semoga Tenang diSana ” Luah adik mangsa.

Adik mangsa juga mempersoalkan cara kematian abang nya yang dikatakan mati mengejut dan tiada apa apa kecederaan pada jasad mangsa.

Dia juga mempersoalkan ada kah Netizen tahu yang abang nya itu tiada apa-apa kecederaan di jasad nya selepas bergelut dengan tuan rumah dalam kejadian itu ? .. jika ada tidak tahu perkara sebenar jangan pandai-pandai buat kesimpulan ? tulis nya di media sosial.

Ternyata dia amat sedih apa yang berlaku kepada arwah abang nya, buruk atau baik arwah tetap abang kandung nya.

Sebelum itu media melaporkan Seorang lelaki maut selepas bergelut dengan penghuni sebuah rumah yang telah dipecah masuk di Felda Simpang Waha awal pagi tadi.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perumahan Felda berkenaan melibatkan si mati yang juga merupakan seorang penduduk tempatan berusia 30 an.

Menurutnya, dalam kejadian itu penghuni rumah telah bertindak melindungi diri dan keluarga ekoran tindakan lelaki berkenaan yang telah memecah masuk ke dalam rumahnya.

“Dalam kejadian itu, penghuni rumah berkenaan telah bergelut dengan lelaki tersebut dan si mati telah meninggal dunia. Bagaimanapun siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luar.

“Semakan juga mendapati si mati turut memiliki lebih lima rekod jenayah lampau. Siasatan kita pada masa ini menjurus pada kematian mengejut (SDR) dan juga Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” kata pihak berkuasa.

Semoga adik mangsa dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku biarlah pihak berkuasa menyelesikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Leave a Reply