Sayu : Ajal bakal pengantin di rempuh porsche berlumba dijalan Genting (8Gambar)

Ajal bakal pengantin di rempuh porsche berlumba dijalan Genting (8Gambar)

Hulu Selangor : “Godis semua sudah siap termasuk kad kahwin tunggu masa untuk diedar sahaja hari ini bakal pengantin Syafik Nazri pergi buat selamanya diperjalanan pulang dari tempat kerjanya di Genting pagi tadi ” kata sahabat arwah.

Syafik dan tunang nya yang bernama Cipah bakal diijabkabulkan pada Januari 2018 lagi 2 bulan sahaja majlis tersebut bakal berlangsung.

Namun impian pasangan ini untuk kejinjang pelamin diragut oleh pemandu kereta mewah Porsche apabila Syafik maut motosikal nya dirempuh kereta terbabit yang dikatakan berlumba dan dipandu laju.

Tunang arwah  telah beberapa kali pengsan hari ni terkejut dengan berita ini dia kehilangan tunang dan bakal suami pergi buat selamanya akibat kecuaian orang lain.

Akhbar melaporkan seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta mewah di Kilometer (KM) 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, dekat sini, pagi tadi.

Muhammad Syafik Mohd Nazri, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta mewah dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun yang dari arah Batang Kali gagal mengawal kenderaannya lalu memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang datang dari arah Genting Highlands itu pula dikatakan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mewah itu menyebabkan dia tercampak ke dalam longkang dan meninggal di tempat kejadian.

Akibat rempuhan, motosikal mangsa rosak teruk manakala Porsche itu hanya remuk di bahagian sisi kanan selain pecah cermin sebelah pemandu.

“Pemandu Porsche itu cedera ringan, luka di tangan kanan.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga Cipah dan keluarga arwah Syafik tabah dengan apa yang berlaku, jenazah Syafik selamat disemadikan selepas asar petang tadi. Al fatihah

Baca juga : Allahuakbar .. Isteri arwah menangis, menyendiri dia tidak percaya suami boleh mati begitu sahaja,takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama akhir nya maut 😭😭😭

Sayu : Terlalu cepat sayang pergi anak kita baru 6 bulan .. Suami mati ketika latihan fizikal TLDM (6Gambar)

*Artical Trending World Wide*

Leave a Reply