Sayu : Aqil rindu Abi ..Ayah Chik boleh tak cangkul balik kubur nak tengok Abi (8Gambar)

Aqil rindu Abi ..Ayah Chik boleh tak cangkul balik kubur nak tengok Abi (8Gambar)

Tumpat :  “AYAH CHIK, BOLEH TAK CANGKUL BALIK?, AQIL NK TENGOK ABI” Hancur luluh hati bapa saudara apabila diaju anak saudara soalan macam tu.

Namun ini lah hakikat nya yang dihadapi adik Aqil anak kepada arwah Rosefahzan Saleh yang meninggal dunia setelah beberapa hari bertarung nyawa di ICU setelah terlibat dalam kemalangan di perjalanan pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Dalam kejadiani Pengkalan Hulu pada 30.8.2017 keluarga ini  dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dari Seberang Perai ke Tumpat.

Kereta yang dinaiki mereka hangus terbakar Ayah kepada adik Aqil ini meninggal setelah beberapa hari di ICU Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.

Manakala ibunya cedera parah patah beberapa bahagian serta kecederaan dalaman yg teruk, adik ini juga turut tercedera dan luka kecil, hanya yang bongsu yang tercampak keluar ketika kemalangan tidak mengalami kecederaan.

Luahan sayu ini dikongsi saudara Rosdi Abd Aziz dilaman sosial nya mengundang pilu pelayar media sosial yang membaca kisah ini.

“AYAH CHIK, BOLEH TAK CANGKUL BALIK?, AQIL NK TENGOK ABI”.
Inilah ungkapan yg keluar dari bibir mulut anak kecil ini kpd bapa saudaranya.

Hati saya cukup tersentuh dgn permintaan adik ini. Ketika diajak untuk ke kubur pada mulanya, adik ini menolak. Pada hemah saya, mungkin adik ini tidak sanggup melihat jasad ayahnya ditimbus dgn tanah. Beberapa kali dipujuk barulah adik ini datang. Ketika itu, jasad ayah kepada adik ini telah sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Geting, barulah adik ini datang ke kubur. Adik ini meminta kpd bapa saudaranya untuk menggali balik kerana mahu melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. “AYAH CHIK, BOLEH TAK CANGKUL BALIK?, AQIL NK TENGOK ABI”. Terasa sayu dan pilu mendengar ungkapan anak kecil ini untuk melihat ayahnya. Saya turut cuba memujuk. Mungkin adik ini sudah tahu dia tidak akan menatap wajah ayahnya lagi buat selama-lamanya.

Diusia 9 tahun & adiknya 5 tahun, mereka terpaksa melalui hidup tanpa seorang ayah. Mesti beliau cemburu melihat kehidupan kawan-kawannyanya yg ada ayah, ada abah, ada walid, ada abi.

Mereka sekeluarga terlibat dlm kemalangan jalan raya di Pengkalan Hulu pada 30/8/2017 ketika dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dari Seberang Perai ke Tumpat. Kereta yg dinaiki mereka hangus terbakar. Ayah kpd adik ini meninggal setelah beberapa hari di ICU Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah. Manakala ibunya cedera parah patah beberapa bahagian serta kecederaan dalaman yg teruk. Adik ini juga turut tercedera dan luka kecil. Hanya yg bongsu yg tercampak keluar ketika kemalangan tidak mengalami kecederaan.

Setelah beberapa kali dipujuk, barulah adik ini dapat menerima hakikat dia tidak akan dapat menatap wajah ayahnya untuk selamanya. Semoga ibu segera sembuh untuk bersama adik menghadapi detik-detik kehidupan yg mendatang. Bertabahlah dengan dugaan Allah.

Al-Fatihah buat arwah ROSEFAHZAN BIN SALEH @ MUHAMMAD dari Pondok Haji Daud, Kg Geting, Tumpat.

Kesedihan ini juga di kongsi oleh ibu saudara adik Aqil :

Allahu sesuhnya kami rndu smua

Kasih serta sayang kami sekeluarga utk arwah Abe Long, Kak Seri, Aqil & Naurah kekal selamnya. Kami mengharapkan Kak Seri & keluarga tabah utk meneruskan hidup yg akan mendatang dan hubungan kita sekeluarga tidak akan putus.

” Ya ALLAH, ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drpd kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab api neraka

Perancangan Allah sungguh hebat..Allah beri peluang utk keluarga melepaskan rindu bersama abang long ketika mula2 masuk wad..Allah aturkan cuti raya Aidiladha keluarga di Sungai Petani, kedah bersama2 arwah & keluarga kakak ipar ‘ kak seri ‘..Allah bagi peluang bercakap dgn arwah hingga arwah mengalirkan air matanya tika arwah dlm keadaan tidak sedarkan diri di icu..Allah bagi peluang utk kami sentiasa alunkan kalamullah di sebelah arwah, di telinga arwah..Allah bagi peluang utk kami genggam tangan arwah tika arwah tidak sedarkan diri..Allah bagi peluang utk kami menatap wajah abg long lama setiap hari walau tak berkesempatan lama dengan arwah..Allah bagi kami kekuatan utk lihat wajah arwah menahan kesakitan tika itu..ahli keluarga cukup bersyukur, tenang hati krn Allah bg nikmat peluang utk kami jaga arwah sepanjang arwah di icu..tidak mengapa, bersedihlah utk seketika, Itu fitrah jiwa..terima kasih Allah

Itulah detik yg akan tersemat kenangan bersama, memilukan, menyedihkan..sedih bagi mereka atau kita yg ditinggalkan..tidak kira siapa yg dahulu, siapa yg kemudian, ditinggalkan atau meninggalkan pasti redha..

Rasullullah saw juga di uji..Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan. Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau..

Sekiranya kita melihat duka dan lara dalam ujian, pasti kita akan merasa sedih dan pilu. Tapi..bila kita memandang hikmah atas kehilangan ini, inilah yang sedang Allah aturkan untuk kita.

Kita tetap tujuh
Allah simpan satu

Terima kasih Allah

Singguh pilu apa yang berlaku semoga adik ini dan keluarga tabah dia kehilangan insan yang bergelar ayah yang lebih mesra di panggi Abi semoga roh Abi Aqil tenang disanan dan ibu nya lekas sembuh. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Leave a Reply