Sayu : Lima beradik termasuk bayi 9 bulan hidup dalam sampah di rumah usang (13Gambar)

Lima beradik termasuk bayi 9 bulan hidup dalam sampah di rumah usang (13Gambar)

Kota Bharu : Terkejut dan tidak sangka apa yang didedahkan oleh aktivis masyarakat ini masih ada insan-insan yang menderita hidup merempat dibumi sendiri.

Dimana pemimpin masyarakat ? tok penghulu mukim ? penduduk kampung ? jiran-jiran tertangga kenapa hanya berdiam diri mustahil tidak nampak penderitaan mereka ini ?

Jika mempunyai sifat kemanusian kurang-kurang nya selamatkan lah anak-anak ini dari menderita seperti ini.

Sememang nya ini adalah kesalahan ibu bapa mereka mengabaikan tanggung jawab mereka namun tidak salah kita membantu anak-anak ini di hantar kebadan-badan kebajikan yang berkelayakan untuk menjaga mereka.

Sudah berapa lama mereka menderita hidup seperti ini dengan ibu yang sudah seperti bangkai bernyawa degan bayi yang masih kecil, ya allah siksa nya hidup mereka.

Tidak pernah ke sekolah, tidak berpakaian, makan minum tidak terurus, tinggal dalam timbunan sampah, lebih malang ibu seorang penagih dadah.

Itu nasib lima beradik di Kampung Bawah Lembah, Pintu Geng di sini yang serba-serbi diabaikan.

Keadaan tempat tinggal mereka kotor dan busuk, seperti bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman manusia.

Namun langsung tiada riak sugul, murung, apatah lagi bersalah pada wanita yang dikenali dengan nama Faridah Yaakob yang dakwanya berasal dari Tawang, Bachok.

Malah ada kalanya dia tersengih, merenung jauh mengelamun seperti berada dalam dunianya sendiri.

Ibu berusia 34 tahun ini mula menyingkap lembaran kisah hidupnya. Menurutnya, dia sudah lama bercerai dengan suami dan bersamanya mereka memiliki enam orang anak.

Anak sulungnya berusia 13 tahun dan kini dijaga bekas ibu mertuanya.

Selebihnya, anak yang berusia 11 tahun, 9 tahun, 6 tahun dan si bongsu yang baru berusia 9 bulan bersama Faridah, tetapi seperti langsung tidak dijaga.

Pakaian, makan minum entah ke mana, mereka hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan.

Yang boleh bersekolah, tidak dihantar ke sekolah dengan alasan yang tidak mahu didedahkan, namun difahamkan kerana tidak mahu pendidikan akademik.

Menurut Faridah, kesemua anaknya yang katanya mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas.

Sehingga kini, sewa bulanan RM300 masih dibayar bekas suaminya. Malah bekas suaminya jugalah yang datang membawa makanan untuk anak-anak mereka ini setiap hari.

Sampai bila perkara ini akan berterusan jika perkara ini tidak didedahkan mungkin selamanya menderita dan anak-anak ini juga terlibat dengan aktiviti negetif seperti ibu nya.

Terima kasih kepada ativis masyarakat Puan Vivi Sumanti mendedahkan kisah ini sebak sayu sedih semua ada melihat keadaan mereka semoga selepas ini nasib mereka terbela.

Baca juga : Allahuakbar .. Macam mana nak cerita dan nak jawab soalanya sebaik mungkin tentang permintaan anak ini .. adik ini tidak sanggup melihat jasad Abi nya ditimbus degan tanah .. bertabah lah keluarga ini 😭😭

Sayu : Aqil rindu Abi ..Ayah Chik boleh tak cangkul balik kubur nak tengok Abi (8Gambar)

Leave a Reply