Sayu : Pecutan Motosikal BMW 1,200 CC ragut nyawa .. Ajal Mazuki dibawah kereta (8Gambar)

Pecutan Motosikal BMW 1,200 CC ragut nyawa .. Ajal Mazuki dibawah kereta (8Gambar)

Dungun : Seorang Pengurus BB Tech Services maut dalam keadaan tragis apabila motosikal kuasa tinggi milik nya jenis BMW R 1200 CC terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta petang tadi di Kilometer 355, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Kuala Dungun.

“Motosikal besar itu tiba-tiba terbalik dan meluncur sebelum penunggangnya terperosok di bawah kereta saya,” kata Mohd Badrul Hisham Mohd Azmi, 27, pemandu Honda Civic yang mana jasad mangsa berada dibawah keretanya.

Dia menceritakan detik kemalangan yang mengorbankan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dalam kemalangan, kira-kira 5 petang menyebabkan kontraktor, Mazuki Mohamad, 34, meninggal dunia akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal BMW R 1,200 CC itu dikatakan sedang berkonvoi bersama dua rakannya dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana Paka, dekat Dungun.

Mohd Badrul Hisham berkata, sebelum kejadian dia yang memandu kereta dari arah Ajil untuk pulang ke rumahnya di Kemaman.

“Ketika itu hujan lebat yang menyebabkan kereta saya terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum tersadai di tepi jalan.

“Saya tidak keluar dari kenderaan kerana hujan lebat dan 10 minit selepas itu saya terdengar dentuman sebelum melihat motosikal mangsa yang terbalik meluncur ke arah kereta saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang tercampak dari motosikal yang ditungganginya itu terperosok ke bawah kereta manakala motosikalnya tercampak ke laluan bersebelahan selepas merempuh keretanya.

“Saya keluar membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa yang berlumuran darah sudah tidak bergerak lagi.

“Saya hubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan bomba tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Ruzali Omar berkata, sepasukan enam anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa mengangkat kenderaan terbabit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan itu.

Paling memilukan melihat jasad mangsa yang berlumur darah dengan jarinya seseolah menunjukan diri nya tengah tahiyat dalam solat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk dibawa ke Hospital Dungun bagi tindakan lanjut,” katanya. Al fatihah

Baca juga : Subhanallah .. hari ini 03.10.17 genal lah 28 tahun usia nya .. hari ini jugalah dia dijemput pencipta terlibat dalam kemalangan dan maut .. Allah lebih sayangkan arwah syarul .. ucapa hari lahir buat nya dengan air mata .. Salam takziah semoga tenang disana 😭😭

Sayu : Ajal syarul pada hari lahirnya .. Ucapan hari lahir berganti Takziah (10Gambar)

Leave a Reply