Sayu : Tak sempat sambut hari lahir..4 maut terkulai di lebuh raya Sungai Besi (12Gambar)

Tak sempat sambut hari lahir..4 maut terkulai di lebuh raya Sungai Besi (12Gambar)

Kuala Lumpur : Salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di lebuhraya Sungai Besi awal pagi ahad lalu bakal menyambut hari lahir nya pada hari ini  isnin 09.10.17.

Mangsa menyambut hari lahir nya ke 27 pada ini namun dia maut dalam kemalangan awal pagi itu bersama 3 lagi yang lain.

Dia Insan yang amat meminati motosikal tidak disangka dia maut kemalangan motosikal sehari sebelum menyambut hari lahir nya ke 27 tahun.

Akhbar melaporkan empat penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di KM301.5 dan 302 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Kajang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, jarak lokasi dua kemalangan itu hanya kira-kira 500 meter dengan perbezaan masa 10 minit.

Menurutnya, dalam kemalangan pertama pada 2.20 pagi di KM302, dua penunggang motosikal maut apabila mangsa pertama berusia 16 tahun menghimpit dan melanggar belakang motosikal mangsa kedua, 26 tahun.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa parah dan disahkan maut di lokasi kejadian, ” katanya.

Katanya, dalam kejadian kedua jam 2.30 pagi di KM301.5, dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan tujuh motosikal.

Dzaffir berkata, mangsa maut masing-masing lelaki berusia 23 tahun dengan seorang maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa yang parah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Kejadian berlaku apabila mangsa pertama yang menunggang Yamaha LC melanggar belakang sisi kanan Perodua Axia dipandu seorang lelaki di lorong kedua lebuh raya yang menyebabkan motosikal ditunggang hilang kawalan dan berpusing.

“Enam motosikal di laluan yang sama tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal mangsa.

“Keempat- empat yang maut ditempatkan di Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala tujuh mangsa cedera di rawat di hospital sama,” katanya.

Identiti 4 mangsa belum dikenalpasti kes disiasat mengikut Seksyen 41(8) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga roh ke4 mereka dicucuri rahmat. Al fatihah

Leave a Reply