Dah langgar depan sekolah tak mengaku salah..Kerani sekolah maut 5 hari bertarung nyawa (10Gambar)

Dah langgar depan sekolah tak mengaku salah..Kerani sekolah maut 5 hari bertarung nyawa (10Gambar)

Kuala Krai : Setelah 5 hari bertarung nyawa di Hospital Kota Bharu, kerani Sekolah SYP1 Puan Noorkiah Binti Mat Junoh atau lebih mesra dengan panggilan dengan nama Kak Nor di kalangan pelajar , guru-guru dan ibu bapa menghembus nafas terakhir pada pukul 8.30 malam jumaat lalu.

Apa yang paling memilukan permergian arwah disifatkan kehilangan buat sekolah yang mana arwah seorang yang sangat baik dan komited dengan kerjanya.

Dalam pada itu pemandu Hilux berbangsa cina berusia 66 tahun yang melanggar mangsa enggan mengaku salah ini mengundang kemarahan keluarga dan rakan-rakan arwah.

Namun kes ini kini diserah pada pihak berwajib, dalam kejadian pagi ahada lalu Kak Nor yang merupakan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1 dekat sini, parah selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan sekolah berkenaan, pagi ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Noorkiah Mat Junoh, 38, mahu membelok masuk ke dalam sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, pacuan empat roda itu dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun dari arah Taman Krai ke Kuala Krai.

“Ketika tiba di tempat kejadian , pemandu pacuan empat roda tidak sempat menekan brek lalu melanggar mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya, semoga keluarga arwah tabah dengan dan pesalah dapat hukuman setimpal arwah meniggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Leave a Reply