Foto pengubat rindu anak .. tenang lah disana Kekna terkulai layu tersepit (10Gambar)

Tangkak : Sedih sebak semua ada tidak tergambar perasaan suami dan keluarga permergian tragis arwah Fadlina atau lebih mesra dengan panggilan lin dikalangan keluarga dan rakan-rakan.

Dia maut awal pagi di perjalanan ke tempat kerja nya apabila kereta yang dipandu nya bertembung treler yang menyebabkan diri nya maut terkulai layu tersepit yang merosakkan hampir seratus peratus kereta milik arwah jenis saga BLM akibat rempuhan treler terbabit.

Akhbar melaporkan punca seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi tadi, mangsa, Norfadlina  Bachok, 32, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai terbabas sewaktu tiba di Kilometer 17.4 Jalan Muar – Segamat, Bukit Kangkar, di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan mangsa jenis Proton Saga remuk di beberapa bahagian dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

“Manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan itu hanya mengalami beberapa kerosakan di bahagian hadapan.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian jalan agak basah dan berkabus ekoran cuaca hujan sebelum itu. Mayat di bawa ke hospital Tangkak untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, PBK II Mohd Nizam Yom berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30minit dalam operasi berkenaan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat daripada pelanggaran tersebut. Al fatihah

Leave a Reply