Leher terkulai di hiris divider .. Penunggang Yamaha R25 maut terbabas (8Gambar)

Port Dickson : Seorang penunggang motosikal kuasa tinggi jenis Yamaha R25 maut dalam kemalangan di susur Tol masuk Lukut ke Batu 4 pagi tadi.

Mangsa Mohd Faiz Ismai,34, maut ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggang nya terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Faiz tercampak dan leher nya terkena pembahagi jalan yang menyebabkan leher mangsa hampir terputus akibat kemalangan tersebut.

Pendarahan yang banyak dan kecederaan dalaman menyebabkan mangsa maut, jasad mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.

Abang arwah yang diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa  adik nya terus bergegas ke Hospital Port Dickson untuk pengecaman jenazah adik nya.

Dia meluahkan rasa pilu permergian adik tersayang kata nya dilaman sosial nya ” Mungkin ini perjalanannya yang terakhir dengan motor kesayangannya , Semoga roh adik tenang di sana..al-Fatihah ” tulis Muhib .

Punca sebenar kejadian kini masih disiasat oleh pihak berwajib, semoga Muhib dan seluruh keluarga tabah dengan apa yang berlaku dan arwah adik nya Faiz tenang disana. Al fatihah

Leave a Reply