Menahan sakit diakhir hayat .. detik ngeri 6 sahabat 2 maut tersepit (8Gambar)

Kepala Batas : Kegembiraan 6 sahabat bertukar tragedi apabila 2 dari mereka maut tersepit, kedua-duanya yang berada dihadapah menahan sakit tersepit hingga keakhir hayat nya apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan melanggar pokok.

Kereta yang dinaiki mereka bukan milik mereka kereta tersebut milik rakan mereka yang diberi kepada salah seorang dari mereka untuk di hantar ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaaan.

Ujian puspakom dijadualkan pagi ini namun kereta tersebut telah terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pemandu kereta, Nuur Alihadi Syuhibbulaswa Mohd Sofian, 19, dan penumpang hadapan, Mimi Mariam Abdullah, 15, meninggal dunia akibat parah pada bahagian badan dan kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata lapan anggota bersama satu jentera tiba di lokasi pada jam 3.44 pagi bagi membantu mengeluarkan mangsa.

“Sebaik tiba, kita mendapati enam mangsa berada dalam kereta jenis Proton Iswara yang remuk akibat terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.

“Kita mengambil masa kira-kira hampir satu jam bagi mengeluarkan semua mangsa dan dua daripada mereka dilaporkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi pemeriksaan lanjut dan dilaporkan stabil. Al fatihah

Baca lagi artikel lain : (Info) Cara Mandi Wajib Yang Betul Kalau Tak Mahu Diseksa Malaikat Di Dalam Kubur Nanti !!

(Info) Cara Mandi Wajib Yang Betul Kalau Tak Mahu Diseksa Malaikat Di Dalam Kubur Nanti

*Artical Trending World Wide*

Leave a Reply