Sayu : Maafkan atuk sayang .. Jasad cucu berkecai digilis van yang di naiki atuk (6Gambar)

Maafkan atuk sayang .. Jasad cucu berkecai digilis van yang di naiki atuk (6Gambar)

Kota Kinabalu : Atok mana yang tidak sedih cucu yang dijaga nya meninggal dengan tragis digilis van yang dinaikinya.

” Saya pun pelik bagaimana cucu nya sekecil itu boleh berada dibawah van, mungkin dia hendak ikut atuk oleh sebab itu dia menuju ke van tanpa disedari oleh atuk nya ” luah nya sayu.

Jasad anak kecil itu berkecai digilis keadaan nya amat tragis apabila dilihat dibawah van, sungguh tidak disangka objek yang dilanggar van terbabit adalah cucunya.

Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila digilis sebuah van berhampiran rumah datuknya di Skim Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 6.45 pagi, Muhammad Sarmindi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, berkata, ketika kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke kedai runcit milik keluarganya di perumahan berkenaan.

Katanya, dia dijaga oleh datuknya dan bapa saudaranya.

“Pada masa itu juga, datuk mangsa menaiki sebuah van yang berhenti di hadapan kedai runcit untuk ke pekan Telipok.

“Tanpa disedari mangsa berada di bawah kenderaan dan dia digilis van berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Chandra berkata, akibat kejadian itu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan masih diteruskan dan pemandu van ditahan bagi tujuan siasatan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. semoga roh anak syurga itu dicucuri rahmat tinggal lah foto kenangan buat ibu dan ayah serta atuk dan nenek. Al fatihah.

Sayu : Aqil rindu Abi ..Ayah Chik boleh tak cangkul balik kubur nak tengok Abi (8Gambar)

Aqil rindu Abi ..Ayah Chik boleh tak cangkul balik kubur nak tengok Abi (8Gambar)

Tumpat :  “AYAH CHIK, BOLEH TAK CANGKUL BALIK?, AQIL NK TENGOK ABI” Hancur luluh hati bapa saudara apabila diaju anak saudara soalan macam tu.

Namun ini lah hakikat nya yang dihadapi adik Aqil anak kepada arwah Rosefahzan Saleh yang meninggal dunia setelah beberapa hari bertarung nyawa di ICU setelah terlibat dalam kemalangan di perjalanan pulang ke kampung sempena Aidiladha.

Dalam kejadiani Pengkalan Hulu pada 30.8.2017 keluarga ini  dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dari Seberang Perai ke Tumpat.

Kereta yang dinaiki mereka hangus terbakar Ayah kepada adik Aqil ini meninggal setelah beberapa hari di ICU Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.

Manakala ibunya cedera parah patah beberapa bahagian serta kecederaan dalaman yg teruk, adik ini juga turut tercedera dan luka kecil, hanya yang bongsu yang tercampak keluar ketika kemalangan tidak mengalami kecederaan.

Luahan sayu ini dikongsi saudara Rosdi Abd Aziz dilaman sosial nya mengundang pilu pelayar media sosial yang membaca kisah ini.

“AYAH CHIK, BOLEH TAK CANGKUL BALIK?, AQIL NK TENGOK ABI”.
Inilah ungkapan yg keluar dari bibir mulut anak kecil ini kpd bapa saudaranya.

Hati saya cukup tersentuh dgn permintaan adik ini. Ketika diajak untuk ke kubur pada mulanya, adik ini menolak. Pada hemah saya, mungkin adik ini tidak sanggup melihat jasad ayahnya ditimbus dgn tanah. Beberapa kali dipujuk barulah adik ini datang. Ketika itu, jasad ayah kepada adik ini telah sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Geting, barulah adik ini datang ke kubur. Adik ini meminta kpd bapa saudaranya untuk menggali balik kerana mahu melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. “AYAH CHIK, BOLEH TAK CANGKUL BALIK?, AQIL NK TENGOK ABI”. Terasa sayu dan pilu mendengar ungkapan anak kecil ini untuk melihat ayahnya. Saya turut cuba memujuk. Mungkin adik ini sudah tahu dia tidak akan menatap wajah ayahnya lagi buat selama-lamanya.

Diusia 9 tahun & adiknya 5 tahun, mereka terpaksa melalui hidup tanpa seorang ayah. Mesti beliau cemburu melihat kehidupan kawan-kawannyanya yg ada ayah, ada abah, ada walid, ada abi.

Mereka sekeluarga terlibat dlm kemalangan jalan raya di Pengkalan Hulu pada 30/8/2017 ketika dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dari Seberang Perai ke Tumpat. Kereta yg dinaiki mereka hangus terbakar. Ayah kpd adik ini meninggal setelah beberapa hari di ICU Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah. Manakala ibunya cedera parah patah beberapa bahagian serta kecederaan dalaman yg teruk. Adik ini juga turut tercedera dan luka kecil. Hanya yg bongsu yg tercampak keluar ketika kemalangan tidak mengalami kecederaan.

Setelah beberapa kali dipujuk, barulah adik ini dapat menerima hakikat dia tidak akan dapat menatap wajah ayahnya untuk selamanya. Semoga ibu segera sembuh untuk bersama adik menghadapi detik-detik kehidupan yg mendatang. Bertabahlah dengan dugaan Allah.

Al-Fatihah buat arwah ROSEFAHZAN BIN SALEH @ MUHAMMAD dari Pondok Haji Daud, Kg Geting, Tumpat.

Kesedihan ini juga di kongsi oleh ibu saudara adik Aqil :

Allahu sesuhnya kami rndu smua

Kasih serta sayang kami sekeluarga utk arwah Abe Long, Kak Seri, Aqil & Naurah kekal selamnya. Kami mengharapkan Kak Seri & keluarga tabah utk meneruskan hidup yg akan mendatang dan hubungan kita sekeluarga tidak akan putus.

” Ya ALLAH, ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drpd kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab api neraka

Perancangan Allah sungguh hebat..Allah beri peluang utk keluarga melepaskan rindu bersama abang long ketika mula2 masuk wad..Allah aturkan cuti raya Aidiladha keluarga di Sungai Petani, kedah bersama2 arwah & keluarga kakak ipar ‘ kak seri ‘..Allah bagi peluang bercakap dgn arwah hingga arwah mengalirkan air matanya tika arwah dlm keadaan tidak sedarkan diri di icu..Allah bagi peluang utk kami sentiasa alunkan kalamullah di sebelah arwah, di telinga arwah..Allah bagi peluang utk kami genggam tangan arwah tika arwah tidak sedarkan diri..Allah bagi peluang utk kami menatap wajah abg long lama setiap hari walau tak berkesempatan lama dengan arwah..Allah bagi kami kekuatan utk lihat wajah arwah menahan kesakitan tika itu..ahli keluarga cukup bersyukur, tenang hati krn Allah bg nikmat peluang utk kami jaga arwah sepanjang arwah di icu..tidak mengapa, bersedihlah utk seketika, Itu fitrah jiwa..terima kasih Allah

Itulah detik yg akan tersemat kenangan bersama, memilukan, menyedihkan..sedih bagi mereka atau kita yg ditinggalkan..tidak kira siapa yg dahulu, siapa yg kemudian, ditinggalkan atau meninggalkan pasti redha..

Rasullullah saw juga di uji..Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan. Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau..

Sekiranya kita melihat duka dan lara dalam ujian, pasti kita akan merasa sedih dan pilu. Tapi..bila kita memandang hikmah atas kehilangan ini, inilah yang sedang Allah aturkan untuk kita.

Kita tetap tujuh
Allah simpan satu

Terima kasih Allah

Singguh pilu apa yang berlaku semoga adik ini dan keluarga tabah dia kehilangan insan yang bergelar ayah yang lebih mesra di panggi Abi semoga roh Abi Aqil tenang disanan dan ibu nya lekas sembuh. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Selamat tinggal sayang.. Kereta putus dua Sabri maut 5 jam bertarung nyawa (8Gambar)

Selamat tinggal sayang.. Kereta putus dua Sabri maut 5 jam bertarung nyawa (8Gambar)

Pasir Puteh : Perginya seorang suami dan ayah pada isteri dan anak-anak pergi meninggalkan alam fana ini ketika pulang  mencari rezeki.

Anak ke 4 Sabri dan isteri baru berusia 5 bulan lahir kedunia,Sabri pergi buat selamanya maut selepas 5 jam bertarung nyawa setelah terlibat dalam kemalangan ngeri.

Pekerja kedai tayar itu terlibat kemalangan yang turut menyebabkan kereta Perodua Kancil yang dipandunya terputus dua di Kampung Sungai Kelong dekat sini, petang semalam.

Nahas yang berlaku jam 6 petang di Kilometer KM32.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu itu menyebabkan Tuan Sabri Tuan Ismail, 40, beralamat di Kampung Belakang Forest di sini, cedera pada kepala dan bahagian dalam hati selain patah kaki kiri dan kanan.

Tuan Sabri yang memandu kereta Kancil tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hosiptal Tengku Anis sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 11.20 malam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhamad berkata, Tuan Sabri dikatakan memandu pulang dari kerja dan ketika sampai di lokasi kejadian, keretanya dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kenderaan pikap Toyota Hilux dari arah bertentangan.

“Kereta kancil itu melanggar bahagian depan kanan Toyota Hilux sebelum terputus dua, ketika siasatan dilakukan, bahagian depan kereta Kancil berada di dalam parit.

“Semasa kemalangan itu berlaku, keadaan jalan kering dan cuaca baik dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan,” katanya.

Menurut Abdul Rozak, pemandu Toyota Hilux, Mohd Aswani Zulkipli, 37, beralamat di Kampung Bukit Yong di sini, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga mangsa jam 11.25 malam tadi yang memaklumkan Tuan Sabri meninggal dunia di HTA.

Tambahnya, hasil external post mortem mendapati punca kematian adalah disebabkan polytrauma dan kes diklasifikasikan kepada Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Abal, Sabri meninggalkan seorang isteri dan 4 anak semoga keluarganya tabah. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Komplikasi pendarahan lepas bedah jantung .. Wanita Besi pergi selamanya (6Gambar)

Komplikasi pendarahan lepas bedah jantung .. Wanita Besi pergi selamanya (6Gambar)

Setelah 5 hari bertarung nyawa dia pergi buat selamanya disisi keluarga tersayang … Innalillahiwainna ilaihirojiuun ..Semoga allah ampuni dia dan kurniakan rahmat kepadanya dan memaafkan dia .. Al fatihah

Kuala Lumpur : Wanita Besi itu lah gelaran Datuk Maznah Hamid, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas dimasukkan ke wad berkenaan bagi merawat komplikasi jantung yang dihidapinya.

Maznah, yang terkenal dengan gelaran wanita besi sebelum ini dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

Namun Datuk Maznah Hamid menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang tadi selepas berada dalam kritikal selama lima hari berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung pada 29 September lalu.

Menurut suaminya, Datuk Shaheen Mirza Habib, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak sulungnya, Datin Sharmila Shaheen berkata, jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya.

“Sesiapa yang ingin melawat, boleh ke alamat seperti berikut, Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Height 68000 Ampang, Selangor.

“Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak ( Taman TAR , Ampang) pada hari Khamis bersamaan 5 Oktober 2017.

“Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah , (Karak 2 ) , Taman Selasih , Kuala Lumpur,” katanya.

Permergian Datuk Maznah mengudang pilu insan-insan yang mengenalinya antara nya Puan Norlina Alawi yang selalu berkongsi kisah Datuk Maznah di laman sosialnya. Al fatihah

Sayu : Ya Allah adik .. Luahan sayu Pegawai Bomba adik maut digilis lori (10Gambar)

Ya Allah adik .. Luahan sayu Pegawai Bomba adik maut digilis lori (10Gambar)

Chemor : Baru malam tadi saya bersembang dengan adik saya Faizul, dia beria minta saya belikan telefon baru buat nya, jadi pagi tadi saya segera beli telefon untuk diberi pada nya namun satu berita buruk telah saya terima yang mana adik saya terlibat kemalangan dan maut.

Mohd Fadzil merupakan Pegawai Bomba yang bertugas di Ipoh dia sangat rapat dengan adik nya Faizul macam tidak percaya apabila mendapat berita yang adik nya telah terlibat dalam kemalangan tragis pagi tadi.

Dalam kemalangan di jalan Tanjung Rambutan-Chemor itu, lori memasuki jalan bertentangan, Sepatut lori berhenti untuk masuk ke simpang kanan, tetapi lori tersebut potong dan  jalan terus masuk, mangsa tak sempat mengelak terjatuh lalu terpelosok ke bawah lori dan digilis tayar lori terbabit.

Apa yang berlaku mengudang pilu Fadzil kehilangan adik tersayang, dia meluahkan rasa sedih itu dilaman sosialnya, semoga Fadzil tabah, dia penyelamat dalam kerjaya sebagai ahli bomba namun dalam kes adik nya dia hanya mampu melihat jasad kaku adik nya.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib semoga roh Faizul dicucuri rahmat kecuain orang lain meragut nyawa Faizul. Al fatihah

Baca juga : Allahuakbar .. Isteri arwah menangis, menyendiri dia tidak percaya suami boleh mati begitu sahaja,takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama akhir nya maut 😭😭😭

Sayu : Terlalu cepat sayang pergi anak kita baru 6 bulan .. Suami mati ketika latihan fizikal TLDM (6Gambar)

Sayu : Jururawat bergegas ke Mahkamah Syariah rempuh maut warga emas (8Gambar)

Jururawat bergegas ke Mahkamah Syariah rempuh maut warga emas (8Gambar)

Gua Musang : ” Maafkan saya ” seorang jururawat menempuh detik cemas apabila dia yang dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke Mahkamah Syariah Gua Musang bagi menyelesaikan masalah peribadi nya telah terlibat dalam kemalangan.

Perodua Axia yang dipandu nya telah merempuh motosikal yang ditunggang warga emas dalam perjalanan pulang membeli sarapan pagi untuk keluarganya.

Akhbar melaporkan seorang peneroka warga emas di Felda Chiku 3, di sini maut, selepas motosikal yang dinaiki dirempuh dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohamad Sani Ismail, 64, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala dan badan.

Menurut anaknya, Azrawani Mohamad Sani, 36, bapanya itu dalam perjalanan balik ke rumah selepas membeli nasi berlauk di salah satu gerai di cabang Felda Aring, di sini.

“Hari ini merupakan hari ketiga Allahyarham membeli nasi berlauk di kedai tersebut kerana sebelum ini, dia tidak pernah ke sana.

“Selepas pulang dari masjid, dia menghantar ibu saya ke rumah dan dia ke kedai membeli nasi. Mereka hanya tinggal berdua di kampung kerana saya dan enam adik beradik yang lain menetap di rumah sendiri.

“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian ini, kami semua bergegas pulang. Allahyarham dikebumikan do Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 3, selepas Asar tadi,” katanya lagi.

Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan ini dan pada jururawat terbabit bertimpa masalah dirinya semoga dirinya juga tabah. Al fatihah

Baca juga : Allahu Akbar .. segala persiapan telah tersedia termasuk kad dan goodies bag .. hanya tunggu majlis berlangsung sahaja … tunang arwah syafik beberapa kali pengsan dengan berita ini .. 😭😭😭

Sayu : Ajal bakal pengantin di rempuh porsche berlumba dijalan Genting (8Gambar)

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Ajal syarul pada hari lahirnya .. Ucapan hari lahir berganti Takziah (10Gambar)

Ajal syarul pada hari lahirnya .. Ucapan hari lahir berganti Takziah (10Gambar)

Balik Pulau : Hari ni 03.10.17 merupakan ulangtahun kelahiran Syarul Nizam Bin Hassan yang ke 28 tahun, namun hari inin jugalah dia dijemput ajal maut kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian di jalan Bukit Balik Pulau – Teluk Bahang Syarul Nizam,28, merupakan seorang pekerja PBA yang bertugas di Loji Batu Feringghi pagi ini.

Beliau yang menunggang motosikal bersama rakan nya telah terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi yang menyebabkan dirinya maut manakala rakan nya cedera.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan sahabat handai nya rata-rata antara mereka mengucapkan selamat hari lahir kepada syarul melalui laman sosial.

Namun tanpa mereka duga syarul telah tiada pergi buat selamanya awal pagi tadi maka bertukar lah ucapan hari lahir kepada ucapan takziah buat arwah Syarul.

Semoga arwah Syarul ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, Al fatihah.

Baca juga : Subhanallah .. jika sudah ajal sesaat pun tidak dapat lari .. superbike Shahrul baru di servis tak lama selepas tu dia maut kemalangan motosikal hilang kawalan 😭😭😭 .. Al fatihah

Sayu : Maut kemalangan lepas servis superbike .. Angin lintang punca nya (8Gambar)

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Maut kemalangan lepas servis superbike .. Angin lintang punca nya (8Gambar)

Maut kemalangan lepas servis superbike .. Angin lintang punca nya (8Gambar)

Baling : Seorang pemuda maut beberapa jam selepas servis motosikal kuasa tinggi milik nya disebuah bengkel motosikal di Baling Kedah.

Pada sebelah pagi Shahrul datang ke bengkel En Mohd Fathi untuk servis motosikal nya tidak disangka selepas itu dia maut kemalangan bersama motosikal terbabit diperjalanan ke Unimap.

Kesedihan ini dikongsi oleh pemilik bengkel tersebut En Mohd Fathi dilaman sosialnya, kesedihan itu juga turut dikongsi oleh seorang pelanggan kedai terbabit yang sempat berbual dan berkenalan dengan mangsa.

En Mohd Razmadi berkata tidak disangka perkenalan nya dengan mangsa teman bersembang semasa motosikal diservis hanya beberapa jam sahaja mangsa pergi buat selamanya maut kemalangan.

Dalam kejadian kejadian pukul 2.30 petang itu mangsa Muhamad Shahrul Bin Zulkifli,21, maut ditempat kemalangan apabila motosikal kuasa tingginya miliknya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Mengikut sumber punca kemalangan adalah akibat angin lintang dilebuhraya terbabit memandangkan disitu sememangnya kawasan angin lintang dan kerap berlaku kemalangan.

Apa yang berlaku turut mengundang pilu rakan-rakan kelab motosikal mangsa , punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajid jenazah dihantar ke Hospital dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Baru Tikam Batu Sungai Petani. Al fatihah

Sayu : Bicara terakhir .. suami manja sangat seperti tahu akan tinggalkan kami (10Gambar)

Bicara terakhir .. suami manja sangat seperti tahu akan tinggalkan kami (10Gambar)

Rantau Panjang : Sudah kering air mata ini untuk menangis bila mengenangkan arwah dan detik-detik kami akan berpisah selamanya.

Arwah manja sangat dalam perbualan terakhir kami di whats arwah setiasa positif memberi semangat pada nya walaupun dia kini berdepan dengan kesulitan yang tidak tertanggung.

Namun perkera sudah berlaku arwah terpaksa tempuh segala peraturan yang telah ditetap dia tidak akan mudah mengalah hanya mengharapkan doa isteri dan keluarga supaya dapat tempuh dugaan itu.

Ada boleh baca sendiri segala perbualan saya dan arwah sebelum di tahan dia setiasa positif dan kuat walaupun amat sedih dengan apa yang berlaku.

Kini semua nya sudah berlaku dia telah pergi buat selamanya disebabkan keegooan manusia yang bertindak kejam tanpa peri kemanusia tanpa memikirkan nasib keluarga insan itu.

Saya hanya mahu pembelaan terhadap kematian suami,” itu kata-kata yang mampu diluahkan Nur Liya Asmira Yahya, 24, isteri Allahyarham Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Shukri, 26, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, Jumaat lalu.

Nur Liya Asmira yang ditemui di kediamannya di Kampung Bagus, di sini, menangis setiap kali orang ramai yang hadir bertanyakan kejadian menimpa suaminya.

Pada masa sama, dia hanya memeluk anak bongsunya, Aisyah Humaira berusia empat bulan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhammad Lailatulman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang, di sini, jam 9.30 pagi, semalam.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan penduduk kampung menghadiri upacara solat jenazah diimamkan Imam Mukim Kubang Rambutan Saari Ismail. Al fatihah

*Artical Trending World Wide*

Sayu : Ajal bakal pengantin di rempuh porsche berlumba dijalan Genting (8Gambar)

Ajal bakal pengantin di rempuh porsche berlumba dijalan Genting (8Gambar)

Hulu Selangor : “Godis semua sudah siap termasuk kad kahwin tunggu masa untuk diedar sahaja hari ini bakal pengantin Syafik Nazri pergi buat selamanya diperjalanan pulang dari tempat kerjanya di Genting pagi tadi ” kata sahabat arwah.

Syafik dan tunang nya yang bernama Cipah bakal diijabkabulkan pada Januari 2018 lagi 2 bulan sahaja majlis tersebut bakal berlangsung.

Namun impian pasangan ini untuk kejinjang pelamin diragut oleh pemandu kereta mewah Porsche apabila Syafik maut motosikal nya dirempuh kereta terbabit yang dikatakan berlumba dan dipandu laju.

Tunang arwah  telah beberapa kali pengsan hari ni terkejut dengan berita ini dia kehilangan tunang dan bakal suami pergi buat selamanya akibat kecuaian orang lain.

Akhbar melaporkan seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta mewah di Kilometer (KM) 13 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, dekat sini, pagi tadi.

Muhammad Syafik Mohd Nazri, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta mewah dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun yang dari arah Batang Kali gagal mengawal kenderaannya lalu memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang datang dari arah Genting Highlands itu pula dikatakan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mewah itu menyebabkan dia tercampak ke dalam longkang dan meninggal di tempat kejadian.

Akibat rempuhan, motosikal mangsa rosak teruk manakala Porsche itu hanya remuk di bahagian sisi kanan selain pecah cermin sebelah pemandu.

“Pemandu Porsche itu cedera ringan, luka di tangan kanan.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga Cipah dan keluarga arwah Syafik tabah dengan apa yang berlaku, jenazah Syafik selamat disemadikan selepas asar petang tadi. Al fatihah

Baca juga : Allahuakbar .. Isteri arwah menangis, menyendiri dia tidak percaya suami boleh mati begitu sahaja,takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama akhir nya maut 😭😭😭

Sayu : Terlalu cepat sayang pergi anak kita baru 6 bulan .. Suami mati ketika latihan fizikal TLDM (6Gambar)

*Artical Trending World Wide*