Uncategorized

Sayu : Kes buli .. Pelajar berselfie selepas belasah rakan tanpa belas kasihan (8Gambar)

Kunak : Satu video berdurasi 1 minit 39 saat melihat satu kumpulan pelajar wanita membelasah rakan mereka tanpa belas kesihan sambil dirakam boleh rakan mereka menggunakan telefon bimbit.

Dalam video tersebut serami 6 hingga 10 orang pelajar wanita kelihatan mengelilingi seorang rakan mereka sambil mengeluarkan kata-kata kemarahan sehingga lah mereka terus memukul rakan mereka tersebut.

Mengikut sumber kejadian ini berlaku di Sekolah Menengah Kunak di Sabah, berpunca dari kes teman lelaki, namun sejauh mana kebenaran mengenai sumber ini tidak dapat dipastikan.

Dan dikahbarkan juga ibu bapa kepada pelajar wanita mangsa buli ini telah membuat laporan polis mengenai kes ini dan identiti pelajar-pelajar yang membelasah mangsa telah dikenal pasti melalui rakaman video dan foto selfie mereka beramai-ramai selepas kejadiaan itu.

Ini lah kisah pelajar-pelajar sekarang mereka bangga memukul rakan sambil merakam video dan sempat lagi berselfie dengan bangga nya, ini mencukupkan lagi bukti untuk mendakwa mereka dikaitkan dengan kes buli.

Semoga kes ini mendapat siasatan yang sewajarnya memandang kan banyak kes buli kebelakangan ini yang sehinggakan menyebabkan kehilangan nyawa, video kes buli ini telah menjadi viral dan dikongsi oleh ribuan orang.

Join The Discussion