Uncategorized

Sayu : Maut kemalangan lepas servis superbike .. Angin lintang punca nya (8Gambar)

Maut kemalangan lepas servis superbike .. Angin lintang punca nya (8Gambar)

Baling : Seorang pemuda maut beberapa jam selepas servis motosikal kuasa tinggi milik nya disebuah bengkel motosikal di Baling Kedah.

Pada sebelah pagi Shahrul datang ke bengkel En Mohd Fathi untuk servis motosikal nya tidak disangka selepas itu dia maut kemalangan bersama motosikal terbabit diperjalanan ke Unimap.

Kesedihan ini dikongsi oleh pemilik bengkel tersebut En Mohd Fathi dilaman sosialnya, kesedihan itu juga turut dikongsi oleh seorang pelanggan kedai terbabit yang sempat berbual dan berkenalan dengan mangsa.

En Mohd Razmadi berkata tidak disangka perkenalan nya dengan mangsa teman bersembang semasa motosikal diservis hanya beberapa jam sahaja mangsa pergi buat selamanya maut kemalangan.

Dalam kejadian kejadian pukul 2.30 petang itu mangsa Muhamad Shahrul Bin Zulkifli,21, maut ditempat kemalangan apabila motosikal kuasa tingginya miliknya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Mengikut sumber punca kemalangan adalah akibat angin lintang dilebuhraya terbabit memandangkan disitu sememangnya kawasan angin lintang dan kerap berlaku kemalangan.

Apa yang berlaku turut mengundang pilu rakan-rakan kelab motosikal mangsa , punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajid jenazah dihantar ke Hospital dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Baru Tikam Batu Sungai Petani. Al fatihah

Join The Discussion