Uncategorized

Sayu : Jururawat bergegas ke Mahkamah Syariah rempuh maut warga emas (8Gambar)

Jururawat bergegas ke Mahkamah Syariah rempuh maut warga emas (8Gambar)

Gua Musang : ” Maafkan saya ” seorang jururawat menempuh detik cemas apabila dia yang dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke Mahkamah Syariah Gua Musang bagi menyelesaikan masalah peribadi nya telah terlibat dalam kemalangan.

Perodua Axia yang dipandu nya telah merempuh motosikal yang ditunggang warga emas dalam perjalanan pulang membeli sarapan pagi untuk keluarganya.

Akhbar melaporkan seorang peneroka warga emas di Felda Chiku 3, di sini maut, selepas motosikal yang dinaiki dirempuh dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohamad Sani Ismail, 64, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala dan badan.

Menurut anaknya, Azrawani Mohamad Sani, 36, bapanya itu dalam perjalanan balik ke rumah selepas membeli nasi berlauk di salah satu gerai di cabang Felda Aring, di sini.

“Hari ini merupakan hari ketiga Allahyarham membeli nasi berlauk di kedai tersebut kerana sebelum ini, dia tidak pernah ke sana.

“Selepas pulang dari masjid, dia menghantar ibu saya ke rumah dan dia ke kedai membeli nasi. Mereka hanya tinggal berdua di kampung kerana saya dan enam adik beradik yang lain menetap di rumah sendiri.

“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian ini, kami semua bergegas pulang. Allahyarham dikebumikan do Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 3, selepas Asar tadi,” katanya lagi.

Semoga keluarga ini tabah dengan dugaan ini dan pada jururawat terbabit bertimpa masalah dirinya semoga dirinya juga tabah. Al fatihah

Baca juga : Allahu Akbar .. segala persiapan telah tersedia termasuk kad dan goodies bag .. hanya tunggu majlis berlangsung sahaja … tunang arwah syafik beberapa kali pengsan dengan berita ini .. ???

Sayu : Ajal bakal pengantin di rempuh porsche berlumba dijalan Genting (8Gambar)

*Artical Trending World Wide*

Join The Discussion