Uncategorized

Sayu : Komplikasi pendarahan lepas bedah jantung .. Wanita Besi pergi selamanya (6Gambar)

Komplikasi pendarahan lepas bedah jantung .. Wanita Besi pergi selamanya (6Gambar)

Setelah 5 hari bertarung nyawa dia pergi buat selamanya disisi keluarga tersayang … Innalillahiwainna ilaihirojiuun ..Semoga allah ampuni dia dan kurniakan rahmat kepadanya dan memaafkan dia .. Al fatihah

Kuala Lumpur : Wanita Besi itu lah gelaran Datuk Maznah Hamid, 62, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas dimasukkan ke wad berkenaan bagi merawat komplikasi jantung yang dihidapinya.

Maznah, yang terkenal dengan gelaran wanita besi sebelum ini dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

Namun Datuk Maznah Hamid menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang tadi selepas berada dalam kritikal selama lima hari berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung pada 29 September lalu.

Menurut suaminya, Datuk Shaheen Mirza Habib, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak sulungnya, Datin Sharmila Shaheen berkata, jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya.

“Sesiapa yang ingin melawat, boleh ke alamat seperti berikut, Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Height 68000 Ampang, Selangor.

“Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan , Taman Tun Abdul Razak ( Taman TAR , Ampang) pada hari Khamis bersamaan 5 Oktober 2017.

“Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah , (Karak 2 ) , Taman Selasih , Kuala Lumpur,” katanya.

Permergian Datuk Maznah mengudang pilu insan-insan yang mengenalinya antara nya Puan Norlina Alawi yang selalu berkongsi kisah Datuk Maznah di laman sosialnya. Al fatihah

Join The Discussion