Uncategorized

Sayu : Meraung kesakitan tersepit dihempap treler..Cikgu Rozita parah suami dan anak sulung maut (8Gambar)

Rompin : Seorang guru wanita SMK Parit Betak bersama 2 anak nya parah manakala suami dan anak sulung maut apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka sekeluarga di hempap lori treler yang terbalik.

Dalam kejadian itu lori treler yang dipercayai hilang kawalan apabila mengelak merempuh motosikal dihadapan nya lalu terbalik menghempap kereta keluarga itu.

Cikgu tersebut yang dikenali dengan nama Cikgu Rozita kini kritikal impak kemalangan tersebut yang mana telah mengorbankan suami dan anak sulung nya yang duduk disebelah kiri kereta mereka.

Akhbar melaporkan dua disahkan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, di sini, petang tadi.

Kemalangan membabitkan dua motosikal, sebuah lori dan sebuah kenderaan lain berlaku kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor, berkata setakat ini pihaknya berusaha mengenal pasti identiti semua mangsa.

“Punca sebenar kejadian masih disiasat, namun, berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu berlaku ketika hujan berdasarkan keadaan jalan yang basah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Azly berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semoga cikgu Rozita dan anaknya cepat sembuh dan semoga roh arwah suami dan anak sulung nya dicucuri rahmat. Al fatihah.