Uncategorized

Sayu : Harap orang yang kita berkorban urus jenazah kita bila mati .. Posting terakhir Faez (8Gambar)

Johor Bharu : Sebak bila dibaca posting terakhir Faez dilaman sosialnya yang dikongsi rakanya dia seseolah tahu akan pergi buat selamanya, walaupun ungkapan itu agak ringkas tapi penuh makna tidak sangka dia akan pergi buat selamanya.

Buat baik dengan orang tak susah, just berkorban sikit je. Mana tau orang yang kita korbankan untuk dia, dia tu lah yang akan uruskan jenazah kita kalau kita dah tiada nanti,’ status terakhir dimuat naik di laman sosial Instagram oleh Muhammad Faez Salehhudin, 16 yang lemas dalam tragedi di paya ‘Air Biru’, Felda Lokasi Heng di sini malam tadi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2 itu dilaporkan lemas selepas mengunjungi paya berkenaan bersama tujuh lagi rakannya kira-kira jam 4.30 petang, semalam sebelum mayatnya ditemui jam 1.45 pagi, tadi.

Salah seorang rakan sekelasnya, Muhammad Fakhri Haziq Abdul Rahim, 16 berkata, mangsa berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian dan turut memintanya merakamkan gambar untuknya buat kali terakhir ketika mereka dalam perjalanan ke paya berkenaan.

“Saya terkilan kerana status terakhirnya di Instagram menjadi kenyataan dan kini kami sama-sama menyempurnakan jenazahnya. Sejak kebelakangan ini arwah ada memuatnaik beberapa status pelik di laman sosial. Dia lebih banyak menyendiri malah ketika dalam perjalanan juga dia kelihatan banyak termenung

“Malam sebelum kejadian juga dia ada menasihatkan saya supaya jaga diri elok-elok.

“Dia juga minta saya supaya tidak menjadi lemah dan jangan terlalu memikirkan masalah kerana dia tahu saya sedang mengalami masalah ketika ini,” katanya ketika ditemui, di tanah perkuburan Islam Mount Austin, di sini hari ini.

Muhammad Fakhri berkata, dia turut terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamatkan mangsa kerana menyangka arwah telah berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

“Pada mulanya kami mandi di kawasan yang agak rendah sebelum salah seorang dari kami mengajak ke kawasan tengah paya. Kami tidak tahu kawasan di tengah agak dalam iaitu kira-kira lapan hingga sembilan kaki kerana ini kali pertama kami ke sini dan nampak ada ramai orang sedang mandi di kawasan tepi.

“Apabila tiba di kawasan tengah, seorang rakan kami hampir lemas dan seorang lagi cuba menyelamatkannya tetapi dia juga hampir lemas. Keadaan ketika itu kelam-kabut apabila masing-masing cuba membantu rakan-rakan yang lemas.

“Ketika itu saya nampak arwah memandang saya sambil tersenyum dan air hanya berada paras dadanya sahaja jadi saya sangka dia selamat. Tetapi kami tidak sangka rupanya dia tidak berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, dia dan rakan-rakan yang lain mengambil masa kira-kira 15 minit mencari mangsa di kawasan berkenaan namun gagal dan segera menghubungi pihak penyelamat bagi mendapatkan bantuan. Al fatihah.