Uncategorized

Sayu : Ajal pisahkan mereka .. 13 tahun berkawan hasrat berkahwin tidak kesampaian (10Gambar)

Petaling Jaya : Hasrat Muhd Alif Azani ,19, dan rakan nya Shasha Azani untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila Alif Azani meninggal dunia dalam kemalangan persimpangan lampu isyarat Persiaran Subang-Jalan Subang  27 november lalu.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga memandangkan mereka telah berkawan lebih 13 tahun semenjak zaman sekolah lagi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.45 pagi itu, penunggang motosikal Muhd Alif Azani yang berusia 19 tahun dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya berasal dari Kampung Medan di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC melanggar bahagian sisi kanan bas berkenaan.

“Bas berkenaan membelok ke kanan ke arah Persiaran Subang Permai sebelum dilanggar motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah Persiaran Subang Permai ke Persiaran Subang Indah.

“Kedua-dua mangsa parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu bas berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Apa yang berlaku mengundang pilu tunang arwah Azni, Shasha meluahkan rasa sedihnya dilaman sosial nya beliau telah memuat naik video kenangan antara mereka berdua di laman sosialnya dan telah di kongsi lebih 1800 orang.

Netizen yang berkongsi video terbabit turut bersedih apa yang berlaku kepada Shasha dan arwah tunang nya Azani, hanya ajal yang pisahkan mereka dan segala hasrat dan keinginan mereka tidak kesampaian.Al fatihah.