Uncategorized

Sayu : Abam Bocey nikah esok .. comel nya bakal isteri Abam ? (3Gambar)

Tahniah buat Abam bocey .. akhir nya hari bahagia nya tiba .. Menerusi undangan yang dikirimkan kepada BH Online, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, akan dinikahkan dengan Siti Norhidayah Mohd Ali, 26, esok, di Sabak Bernam, Selangor, kira-kira selepas solat Asar.

Majlis bersanding di sebelah keluarga pengantin perempuan pula akan diadakan pada 9 Disember, juga di Sabak Bernam.

Di pihak lelaki, majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari depan di Gombak di rumah keluarga Abam.

Pasangan berkenaan dikatakan berkenalan sejak 2009, namun hubungan mereka pernah putus seketika. Majlis pertunangan juga difahamkan akan berlangsung pada hari pernikahan mereka.

Mengikut foto yang terseber dimedia sosial sungguh comel nya bakal isteri abam semoga apa perancangan Abam dan Hidayah berjalan lancar. Aamiin.