Uncategorized

Sayu : Kuat lah duhai hati .. Suami maut tersepit lori dirempuh Pemandu Navara mengantuk (8Gambar)

Lanchang : Tiada lagi hero disisi menemai diri dan anak-anak, keluar nya suami mencari rezeki sebagai pemandu lori nyawa nya setiasa berada diatas jalan dan semalam diatas lori dan jalan itu lah suami nya pergi dijemput ilahi lori dipandu dirempuh Nissan Nivara yang hilang kawalan akibat mengantuk.

Ini lah terpaksa diterima isteri kepada Kamaruddin Mohamed, 37, berasal dari FELDA Lakum, Lanchang, Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di dada impak kemalangan tersebut.

Siti Hafshah Abd Kader kini kehilangan suami tercinta 4 anak nya yang kesemuanya perempuan telah kehilangan ayah mereka sekelip mata akibat kecuaian orang lain, namun ini mungkin sudah ajal arwah mereka terpaksa terima walaupun amat berat dugaan ini.

Dalama kemalangan di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, Lipis, 1 itu pemandu dan penumpang Nissan Nivara turut maut.

“Semua mangsa yang maut di tempat kejadian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selain polis akan mengambil sampel darah kedua-dua pemandu untuk ujian toksikologi.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” .  Semoga isteri ini dan anak-anak tabah dengan kehilangan insan tersayang.Al fatihah.

Copyright 2018 Accidentportal.com