Uncategorized

Sayu : Ya allah anak ku .. Ajal baby Ahnaf kebiruan mata terbuka dibuaian pengasuh (6Gambar)

Kuantan : Remuk hati berderaian air mata melihat sekujur tubuh anak kesayangan kaku kebiruan ini lah yang dialami oleh pasangan suami isteri Mohd Haniff Sulaiman , 28, dan isteri nya Syidah.

Baby Ahnaf bayi lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15, Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5.

Bapa mangsa, Mohd Haniff Sulaiman , 28, menghantar anak tunggalnya itu ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat pada 8.10 pagi.

“Ketika berada di tempat kerja, Mohd Haniff menerima panggilan dari isterinya yang memaklumkan pengasuh Ahnaf Hanafi membawa anak mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

“Pengasuh berkenaan memberitahu Ahnaf Hanafi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam buaian dengan keadaan mata terbuka,” katanya.

Beliau berkata, ketika tiba di klinik berkenaan, bapa mangsa melihat anaknya dalam keadaan kebiruan dan dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa anaknya itu sudah meninggal dunia.

Katanya, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada 3.44 petang.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan setakat ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut,” katanya.

Semoga Papa dan mama baby Ahnaf tabah dengan dugaan yang berlaku amat perit untuk mereka menerima dugaan ini, kini tiada lagi si lesung pipit papa dan mama yang setiasa tersenyum yang membuat keluarga ini gembira. Al fatihah.

Copyright 2018 Accidentportal.com

Mohon Like Fanpage kami —-> Saya Cina Allah Semoga bermanffat ilmnu yang dikongsi