Uncategorized

Patutla Datuk Mengamuk! Inilah Punca Sebenar Kenapa Farid Kamil Tampar Polis & Tendang Orang Awam

Pelakon, Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar polis ketika hadir untuk membuat laporan berkaitan satu kes kemalangan jalan raya tengah hari tadi.

Menurut sumber, Farid Kamil secara tiba-tiba telah menampar muka petugas yang menerima aduan itu ketika berurusan di kaunter trafik.

Difahamkan, Farid bertindak demikian selepas petugas di kaunter menunjukkan mesej “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja” dan bertanyakan tentang isu tersebut.

Kejadian yang berlaku pada pada jam 1.20 tengahari di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara turut disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam ketika berurusan di kaunter berkenaan.

Selain itu, dia turut menendang kaki orang awam di dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Farid Kamil ditangkap kerana kesalahan merusuh, berkelakuan tidak senonoh dan menyerang serta mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Farid Kamil baru sahaja dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Disember lalu.

Pelakon Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja selepas didakwa menampar seorang anggota polis di kaunter aduan Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Inilah Kisah Sebenar Kenapa Farid Kamil Berkelakuan Diluar Kawalan :