Uncategorized

Sayu : Abang dan anak maut .. pulang kenduri arwah adik maut renjatan cas telefon (8Gambar)

Tangkak : Seorang lelaki dan anak bongsu nya maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaikinya bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kejadian di Serum Jalan Tangkak – Muar petang tadi.

Mangsa Rahim atau lebih dikenali dengan Rahim Din Corner dan anak bongsu nya Adam meninggal dunia ditempat kejadian akibat tersepit dihadapan kereta yang sebahagian nya dibawah hadapan bas.

Apa yang berlaku mengejutkan memandang kan mangsa amat dikenali dan merupakan menantu kepada pemilik kedai makan terkenal di Jasin iaitu Din Corner.

Paling mengundang pilu arwah Rahim merupakan kan abang kepada Rosli Othman yang meninggal dunia pada 24 januari lalu kerana terkena renjatan cas telefon.

Semalam baru berlangsung majils tahlil buat arwah Rosli adik nya serta untuk arwah ayah mereka yang berlangsung di rumah kakak mereka di Muar.

Mereka dalam perjalanan ke Melaka ketika kemalangan tersebut berlaku,punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib.

Semoga keluarga arwah Rahim dan anak bongsunya tenang disana dan keluarga mereka tabah hampir 8 hari adik nya Rolis pergi dijemput ilahi hari ini abang nya dan anak saudara arwah Rosli menyusul. Al fatihah.

Sumber : Copyright 2018 Accidentportal.com