Uncategorized

Sayu : Tiada lagi Abang long pengganti ayah .. Anggota Polis maut tercampak dan dilanggar ( 6Gambar)

Ipoh : Tiada lagi Abang long Am atau Konstabel Muhammad Najmuddin Afham Nasir, 25, anak sulung dalam keluarga yang bertanggung jawab mencari rezeki buat ibu dan adik beradik setelah kematian arwah ayahnya 2 tahun lalu.

30 November 2017 lalu genap lah 2 tahun permergian ayah Muhammad Najmuddin atau lebih mesra dengan panggilan Am, setelah kematian ayah nya Am lah pengganti ayah nya memcari rezeki buat keluarganya.

Am pernah menulis dilaman sosialnya yang dia akan jaga Mak dan adik nya setelah kematian ayah nya ayah nya merupakan idolanya dan dianggap Hero oleh Am.

Namun kini semua nya tinggal ucapa Am juga pergi dijemput ilahi apabila terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi di IPoh.

Harian metro melaporkan Anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PSP) maut selepas motosikal ditungganginya merempuh treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 284.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, Konstabel Muhammad Najmuddin Afham Nasir, 25, yang bertugas di PSP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh meninggal di dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dari arah Ipoh menghala ke utara dipercayai merempuh belakang sebelah kanan treler yang berhenti di lorong kecemasan.

Katanya, siasatan terhadap pemandu treler berusia 23 tahun mendakwa mangsa yang merempuh bahagian belakang trelernya kemudian tercampak sebelum dilanggar kenderaan yang tidak tidak dikenal pasti.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataannya di Ipoh, hari ini.

Mohd Ali berkata, bedah siasat mayat mangsa di jalankan pagi ini bagi mengetahui punca kematiannya.

Semoga ibu dan adik nya tabah dan abang long tenang disana, Abang long kini menemani ayah disana. Al fatihah.

Copyright 2018 Accidentportal.com