Uncategorized

Sayu : Ajal dalam tidur disisi isteri .. Pendikir Deli Anak Murai dah tiada (8Gambar)

Jertih : Seorang pendikir popular di Kelantan yang dikenali dengan nama Wan Adly atau nama gelaran popular nya Deli Anak Murai  menghembus nafas terakhir di dalam tidur disisi isteri semasa berada di Jertih Terengganu pada malam khamis kira-kira pukul 2 pagi.

Wan Adly yang berasal dari Pasir Putih Kelantan amat dikenali oleh peminat-peminat dikir barat disekitar Kelantan dan Terengganu, apa yang paling memilukan Deli berada di Jertih kerana memenuhi undangan persembahan disana pada 27 Januari nanti.

Punca sebenar kematian nya ada kaitan dengan Asma atau lelah yang dihidapi beliau perkara ini diberitahu oleh Abang ipar arwah yang dikenali dengan nama Zack Wan, namun punca kematian  juga dikaitkan dengan serangan jantung mengejut.

Permergian Deli mengundang pilu rakan-rakan dan insan-insan yang mengenali arwah serta peminat-peminat arwah ada antara mereka sempat berkongsi kenangan dengan arwah, salah satu nya ada antara rakan nya bertanya diri nya kenapa badan semakin kurus, arwah menjawab dia tidak sihat sekarang namun apabila boleh berdikir dan mendengar gendang diri nya akan sihat itu lah seloreh arwah pada rakan nya.

Ada pula antara rakan arwah yang telah merancang untuk bertemu arwah sambil menyaksikan persembahan dikir bersama arwah di Jertih yang akan berlangsung 27 januari  2 hari sebelum arwah meninggal dunia.

Semua yang berlaku mengundangkan kesedihan, arwah seorang insan yang sangat baik dan amat disenangi semua orang amat kreatif bila membuat persembahan dikir semoga rohnya tenang disana, Jenazah arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Lama Semerak Cherang Ruku Pasir Putih.Semoga keluarga nya tabah. Al fatihah.

Sumber : Copyright 2018 Accidentportal.com