Uncategorized

Sayu : Ajal Cikgu Farhana maut tersepit .. Myvi nya di rempuh 4×4 potong tak lepas (8Gambar)

Batu Pahat : Angkara pacuan 4×4  memotong tidak lepas Guru wanita maut manakala suami anak dan ibu nya parah apabila kereta Myvi yang dinaiki mereka dirempuh.

Nur Farhana A. Razak, 29,  yang merupupakan seorang guru maut, manakala empat ahli keluarganya cedera dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Bindu Dalam di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Cikgu Farhana meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Mohamad Hashim, 31, cedera parah,turut cedera, ibunya, Hazah A. Kadir, 60, dua anak mereka, Muhammad Hadif Zafri, 3, dan Muhammad Hafiy Iman, 11 bulan dan pemandu Isuzu Dmax yang belum diketahui identitinya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda itu dipercayai cuba memotong kenderaan lain lalu bertembung Perodua Myvi sehingga terbalik.

“Pemandu pacuan empat roda sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan akan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini sebentar tadi.

Semoga suami mangsa, anak-anak serta ibu nya cepat sembuh, angkara kecuaian orang lain anak-anak ini kehilangan ibu dan suami kehilangan isteri. Al fatihah.

Sumber : Copyright 2018 Accidentportal.com