Uncategorized

Sayu : Ajal Riezal lepas ulang tahun pertama perkahwinan .. tinggal isteri sedang mengandung (7Gambar)

Tumpat : Cemas sebak sedih hati seorang isteri bila suami yang dalam perjalanan ke tempat kerja telah terlibat dalam kemalangan dan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan.

Baru 3 hari lalu isteri nya memuat naik video Anniversary pertama mereka dilaman sosialnya memohon doa agar perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.

Tidak disangka suami nya akan pergi buat selamanya maut kemalangan diperjalanan bertugas, kini hanya foto-foto dan video pengubat rindu isteri buat suami tersayang moga Puan Sherra kuat.

Akhbar melaporkan hasrat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pengkalan Kubor, Mohamad Nashriezal Zamree, 27, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di kilometer 23, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Isterinya, Syamsherra Mat Nasir, 30, kini sedang mengandung tiga bulan.

Syamsherra yang ditemui di rumah mertuanya di Kampung Sungai Tapang, di sini berkata, dia mengetahui kemalangan yang menimpa arwah suaminya itu selepas dihubungi adik ipar yang berada di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, selepas dimaklumkan kemalangan itu dia terus bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor, namun suaminya perlu dirujuk ke Hospital Tumpat.

“Ketika di klinik, keadaannya stabil selepas bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) tetapi degupan jantungnya terhenti ketika berada di Hospital Tumpat.

“Saya reda apabila doktor memberitahu suami saya sudah tiada dan menerima takdir itu apabila dia meninggalkan saya ketika mengandung anaknya tiga bulan,” katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Neting selepas solat Asar, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalan ke tempat kerja di Pengkalan Kubor maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintanden Ab. Rashid Mat Daud mengesahkan kejadian tersebut.Al fatihah.