Uncategorized

Sayu : Sehidup semati ajal tersepit .. Mereka pasangan romantis tak sempat jumpa anak (8Gambar)

Kulim : Tidak disangka ini perjalanan terakhir pasangan suami isteri ini, mereka sangat romatis dan selalu bergambar bersama ketika bercuti

Kulim : Tidak disangka ini perjalanan terakhir pasangan suami isteri ini, mereka sangat romatis dan selalu bergambar bersama ketika bercuti kini mereka pergi buat selama-lamanya  ajal tersepit kemalangan.

Akhbar melaporkan dua maut di tempat kejadian apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar bukit di simpang tiga lampu isyarat dekat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kira-kira jam 6 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Iddrus Samsudin, 62, bersama isterinya, Halimah Mat Piah, 63, tersepit di tempat duduk.

Anak kedua mangsa, Mohamad Azree Mohd Iddrus, 35, berkata, kali terakhir dia menghubungi ayahnya kira-kira jam 5.15 pagi tadi.

“Abah kali terakhir WhatsApp saya jam 5.15 pagi tadi, abah hantar lokasi berada di Sungai Kob. Saya rasa ketika itu ayah lepas hantar kawan di situ,” katanya.

Menurutnya, selepas sejam menunggu, bapanya masih juga tidak sampai di rumahnya di Bandar Baharu.

“Jam 6 pagi saya hairan abah masih tak sampai tapi saya fikir mungkin abah berhenti solat Subuh.

“Tapi jam 7 pagi masih juga tak sampai. Saya telefon tak ada jawapan tak ada siapa pun angkat. Dalam jam 9 pagi saya telefon baru ada polis angkat beritahu abah dan mak terlibat kemalangan di Kulim,” katanya.

Mohamad Azree berkata, bapanya tidak mempunyai sebarang perubahan ketika ditemui pada minggu lalu di rumahnya.

“Minggu lepas abah ada datang rumah seorang saja, tak ada perubahan apa-apa. Cuma malam semalam dalam jam 9.30 malam abah telefon dengar suara macam tak sihat, abah beritahu nak bertolak ke Kedah jam 10.30 malam.

“Abah sempat bercakap dengan cucunya sebelum bertolak balik ke Kedah. Ada juga sedikit pelik, abah kurang menghantar lokasi seperti kebiasaan jika balik ke sini,” katanya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hi-Tech, Pegawai Bomba Kanan 11, Zabidin Mad Desa berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 6.09 pagi memaklumkan ada orang tersepit di dalam kenderaan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian kita dapati ada dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan serta telah disahkan meninggal.

“Kedua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan kejadian.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Al fatihah.